Kuntum Khairan Ummah…

June 16, 2009 by kyokusanagi

0cbcfc2418d97df6

Dalam Surah ‘Ali-Imran ayat 110..

kamu adalah umat yg terbaik yang dikeluarkan untuk manusia… kamu menyeru kepada ma’ruf..dan kamu mencegah yg mungkar.. dan kamu beriman kepada Allah…

ramai orang boleh buat bab menyeru kepada ma’ruf….bab beriman kepada Allah pun insyaAllah boleh buat…tapi tak ramai mampu nk buat bab mencegah kemungkaran…termasuklah aku..

kenapa eh..?adakah takut diri ini bakal dibenci..?tetapi Nabi pun dibaling batu oleh si Lahab durjana itu(111:1-5)..

adakah takut diri ini bakal dicaci dan dimaki..?tetapi nabi pun dituduh Quraisy sebagai gila(81:22)..

adakah takut depa akan bermasam muka..?sedangkan penduduk Taif pun lebih bermasam muka terhadap baginda..(refer hadith rintihan nabi selepas meniggalkan Taif..)

takut dipulau?gol nabi dan para sahabat kena pulau dekat 3 bulan oleh Quraisy….

takut apa lagi?

Dan janganlah kamu berasa lemah,dan janganlah kamu bersedih hati,sebab kamu yang paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang yang beriman“(3:139)

aiya! either ko nak atau xnak je…nak seribu daya,xnk seribu dalih..

tapi..ada org ckp..nk cegah mungkar kena ada penguatkuasaan dari pihak berkuasa dulu..org yg ada authority je leh cegah mungkar..selagi x ubah kepimpinan,selagi tu kemungkaran tak dapat dicegah sepenuhnya..mungkin benar..but in d end,yg diatas dan yg dibawah kena saling melengkapi..sebab ayat td tuju kat semua org islam..selagi mana kita mengaku islam,selagi tu kita kena ikut ayat tu..bukan kerja ‘pendakwah’ je..bukan kerja NGO islam je..semua org yg mengaku dia Muslim perlu melaksanakan kewajipan ini..

tapi ada juga org yg berfikiran mcm ni.. kita ajak la dia buat makruf..xperlu tegur direct..lama2 dia sedar lah..aku xtahu..mungkin org lain boleh berikan pandangan?brg kali ia lebih menjurus kepada kaedah utk menegur.. seek to understand rather than to be understood?tapi kalau dah lama sgt duk ajak buat makruf tp benda mungkar tak tinggal2 jugak ada masalah la kat situ..ontahlah den..

blogging?kalau setakat nk main ‘red alert 3′(hang serang aku aku serang hang) sesama ahli2 blogger tegar kat kawasan anda baik xyah..berapa ramai sgt yg baca blog kita?ke orang yg sama je duk baca tiap2 hari?blogging tak akan menyelesaikan semua masalah tapi tak dapat dinafikan ia tetap ada sumbangan..cuma jgnlah terlalu addicted dgn blogging seolah2 ia akan merubah semua manusia..jika anda nk mengubah manusia..anda kena bergaul dgn manusia..but kadang2 bukan semua org boleh masuk dgn semua org..itu maybe kelemahan personal masing2..tapi tak pe..teruskan usaha baik anda..

so setelah byk sgt duk membebel kat atas,anda rasa apakah cara yg terbaik untuk menegur kemungkaran?apakah cara terbaik utk menegur sahabat anda yang asyik duk pi disko je?apakah cara terbaik nak menegur sahabat anda yang bawak pompuan masuk umah?apekah?

Mendaki Puncak atau Jatuh Bergulingan?

June 16, 2009 by kyokusanagi

5b0d68f938d12cf4

Seorang Pahlawan yang terkenal amat dihormati dan digeruni di dalam negaranya. Para serdadu bawahan amat menyanjungi dan takutkan akan beliau. Sesiapa sahaja yang mencabar beliau akan pasti dapat dikalahkannya. Maka pada satu hari ketika pahlawan hebat ini berjalan dengan lagak yang sombong dan angkuhnya di pasar, beliau telah ditegur oleh seorang rahib yang sedang duduk memerhatikan gelagat manusia di pasar.

Sang rahib tersenyum menyindir dan menegur. “Wahai anak muda, adakah kau pahlawan yang sering disanjungi itu?”. Dengan pandangan yang menyindir melalui lirik anak matanya, beliau segera menjawab “Akulah yang mereka sanjungi itu”. Sang rahib masih lagi tersenyum dan berkata, “Sayang sekali, kau masih lemah dan tidak selayaknya disanjungi itu”. Pahlawan yang gagah itu pun naik berang dan mula mengangkat suaranya. “Jangan kau mencabar aku wahai rahib, sekali aku tumbuk, aku pasti semua tulang-tulangmu akan patah remuk!”. Dengan perasaan marah, si pahlawan meninggalkan sang rahib.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, berlaku peperangan di antara negeri tersebut dengan negeri jiran yang berdekatan. Negeri itu telah kalah teruk, serdadu mereka ramai yang telah terbunuh. Negeri jiran berjaya menawan negeri berkenaan. Di dalam keadaan yang parah dan luka, sang pahlawan yang gagah itu terpaksa mencari perlindungan di hujung kota. Beliau segera terjumpakan sang rahib.

Sang rahib pun bertanya. “Apakah yang telah berlaku kepada dirimu wahai pahlawan yang gagah?”. Sang pahlawan dengan malunya berkata, “Benar katamu, aku amat lemah dan tidak segagah yang aku sangkakan wahai rahib”. Sang rahib memegang bahu si pahlawan dan berkata,”Kau tersilap, sekarang kau telah menjadi gagah dan menyedari kekuatanmu. Kekuatan seorang pahlawan ialah apabila dia menyedari kelemahan dirinya dan berusaha mengatasinya. Bangkitlah wahai pahlawan, binalah kekuatanmu dan kumpulkan serdadu yang baru untuk bangkit menyerang semula!”.

Selepas setahun sang pahlawan berjaya mengumpulkan tenteranya semula dan menyerang negeri jiran tersebut. Mereka telah menang dan berjaya memerdekakan negara tersebut. Pahlawan itu sedar bahawa kekalahan negerinya sebelum itu hanyalah merupkan permulaan untuk kejayaan yang sebenar…

Bagaimanakah pula dengan dirianda?, apakah anda di puncak kelemahan ataupun pada permulaan kekuatan diri?

Ayuh, jangan biarkan rebahnya diri menjadi alasan untuk tidak bangkit semula!

-dipetik dari www.maszleemalik.blogspot.com-

Wahai para Du’at..Janganlah kalian berbicara berlidahkan orang politik..

June 15, 2009 by kyokusanagi

DSC01339

ramai orang cakap.. setengah-setengah orang-orang politik ni pandai menabur janji-janji manis..masa pilihanraya, macam-macam projek dijanjikan..selepas PRU,dengan lebuh raya pun lesap..

ramai orang cakap..setengah-setengah orang politik ni main sembur je.. macam2 boleh keluar dari lidah org politik.. yg sebelum ni asyik berzikir pun boleh terkeluar perkataan ‘X ni bapak setan’..ada yg suh bergaduh sesama manusia..ada yang maki hamun orang..ada yg fitnah.. macam-macam ada..

wahai penyeru kebenaran.. janganlah kalian meniru sikap mereka.. janganlah kalian pandai menabur janji-janji manis,hatta kerana tujuan dakwah sekalipun..lalu memungkiri..lupakah kalian akan ayat Allah dalam surah al-Maidah ayat pertama:

Wahai orang-orang yang beriman,penuhilah janji-janji kamu….

hatta janji Suraqah juga dipenuh,walaupun jasad baginda telah kembali..kepada para naqib dan naqibah, penuhilah janji-janji kamu kepada anak2 usrah kamu.. jika kamu sudah berjanji memberikan hak mereka,mengapa kamu melupakannya atau membuat-buat lupa?artikel ini ditulis kerana bukanlah perkara ini berlaku sekali dua..

“ok..kita akan habiskan usrah kita pada pukul 10..”

“ok..hari ni saya janji usrah kita amik masa sejam setengah je..”

“ok..insyaAllah hari ni usrah kita kejap je..saya tahu kamu semua tgh ada exam..”

maaf..semuanya hanyalah janji-janji manis… jarang sekali ada usaha utk dikuatkuasakan.. adakah dgn merasakan antum/antunna adalah pendakwah maka janji-janji manis yg tidak dipenuhi ini halal?maaf..saya tidak kisah jika usrah itu hendak panjang atau pendek..itu bukan masalah saya.. masalahnya kenapa mahu berjanji jika tidak mampu dipenuhi?bak kata ‘kita’ “quran tu kena amik semua..jgn amik separuh-separuh..“xleh nk amik tang yg kita suka je..pastu buang tang yg susah nk apply..

Islam amat berpegang teguh pada janji.. hatta penjanjian yg barangkali tidak menguntung umat islam pada awalnya i.e. perjanjian hudaibiah tapi janji tetap janji..jgn lah kita menjadi seperti ahli politik jalanan..pandai menabur janji tapi tak pandai nak kutip balik..

You are not alone…

April 28, 2009 by kyokusanagi

Another day has gone
I’m still all alone
How could this be
You’re not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay

You are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart
You are not alone

All alone
Why, oh

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
So forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Then something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
For you are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart
And you are not alone

Whisper three words and I’ll come runnin’
And girl you know that I’ll be there
I’ll be there

You are not alone
I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart

You are not alone
For I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we’re far apart

p/s: lagu ini aku tujukan buat si dia yang berada di prague….believe me..u are not alone..

salam perantauan…

April 14, 2009 by kyokusanagi

salamun ‘alaikum..inilah kata-kata yang selalu diulang-ulang oleh ahli syurga..moga kita pun sentiasa mengucapkannya kepada saudara-saudara kita..

sudah agak lama tidak menjengah blog ini..banyak benda yang telah berlaku.. kisah di nottingham..kisah di czech..kisah di UK.. mereka semua menyumbang kepada ‘ketidakaktifan’ blog ini..

byk benda yang sudah berubah.. dan yang masih berubah..kita menerima pimpinan kerajaan yang baru.. kita menunggu keputusan PEMILU.. dan sebagainya..diharapkan setiap gelombang perubahan memberi impak positif kepada kita insyaAllah..

aku juga tidak terkecuali dari gelombang ini..barangkali ia tidaklah memberi impak besar kepada masyarakat disekelilingku ttp ia memberi kesan kepadaku.. beberapa kejadian-kejadian lepas telah mengubah pola pemikiranku..masih banyak yang perlu diperbaiki..masih banyak yang perlu dibaca.. dan yang penting,masih byk yang perlu dilaksanakan..

imam hassan al-banna tidak terkenal dengan banyaknya buku yang beliau karang..tetapi dia terkenal dgn ramainya manusia yang dicetak..nk mencetak manusia bukanlah perkara yang mudah.. bukan sekadar duduk di depan komputer dan mengajar manusia lain mcm mana nak buat kerja sedangkan jika ditanya tuan empunya,tiada sesiapa yang mendapat hidayah disebabkan dirinya(wasilah)…atau sekadar muncul ketika pilihan raya atau annual meeting ttp selepas itu hilang bersama manifesto-manifestonya..atau sekadar berusrah tetapi tidak kenal atau dikenali masyarakat disekelilingnya..atau sekadar sibuk berforum di internet tetapi bila diajak ke program islah dijadikan sibuk sebagai alasan..

di kesempatan cuti ini,aku berpeluang bertemu dengan beberapa org tokoh.. ada yg tak sengaja,ada juga yg sengaja..salah seorang daripada mereka ialah Prof Dr Abdul Latiff.. maybe ramai org yg sudah familiar dgn beliau.. seorang yang tidak asing dalam MSM dan mempunyai hubungan sejarah yang bermakna satu ketika beliau di UK dahulu..tugas sebagai khalifah,kepentingan education,positive thinking..  dan yang paling penting,adakah kita ini manusia yang memberi ataupun manusia yang menerima..percayalah,kamu akan melihat dunia ini dari dimensi yang berbeza setelah kamu berada di kalangan manusia yang memberi..selepas itu barulah kamu faham kenapa ada sekumpulan manusia ini berhempas pulas menghabiskan masa utk buat kerja-kerja dakwah..tanpa perlu di bayar..tanpa perlu dibalas..

rasanya byk lagi point dari beliau tapi itu je aku nk highlight buat masa ni..point2 lain pun penting juga tapi utk sesetengah manusia sahaja..Fluid mechanic 3 hanya boleh dipelajari setelah kamu faham fluid mechanics 1 and 2..harapnya takde org yg nak timbulkan isu ‘esklusif’ lagi kat sini..kl nk jugak sila main jauh2..

janganlah kita jadi manusia yang baik sorang-sorang…pastu bila manusia lain x buat baik,kita kutuk kat belakang..sedangkan kita tak usaha pun utk mengubah dia..ini adalah peringatan penulis sendiri..harap2 dia ingat selalu..tepuk diri,tanya iman..”aku buat ini kerana apa?dendam?marah?ego?”..dan satu lagi,jadilah manusia yang berlapang dada.. janganlah asyik duk mengkritik gerak kerja orang lain yang tak sependapat dengan kita..selagi mereka buat benda yng selari dgn quran dan sunnah,tak yah la duk bising-bising kat internet..kalau tak puas hati,hantar la email personal..bincang baik-baik..sungguh,masih banyak ‘habuk’ yang perlu disapu..jangan disebabkan kita,islam difitnah oleh manusia..kempenlah produk kamu,jangan duk memburukkan produk orang lain..

next upcoming year adalah sesuatu yang bukan mudah..banyak tanggung jawab yang diletakkan di atas bahu yang lembut ini..hanya orang yg benar-benar faham sahaja akan faham..so aku harap org yg x faham tu jgn la duk sangka buruk ataupun duk mencebikkan muka kt dpn aku..sungguh,aku sgt menyampah sebenarnya..aku akan cuba buat yang terbaik walaupun aku rasa aku tak dapat nk kasik yg terbaik..

entry ini adalah untuk aku..jika nk amik ibrah,silakan..sekadar luahan hati di malam hari yang gelap..

p/s: aku berdoa agar isteriku diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupannya yang baru…sungguh,aku amat menyayangi dia kerna mukmin yang paling baik ialah mukmin yg paling baik terhadap isterinya..

dikau adalah Naruto version muslimah..jadilah Naruto..banyak pengajaran yang boleh di ambil dikala ramai manusia yang sinis..

kpd akh faridul,sungguh kecewa dan sedih kerana tidak dapat berjumpa.. harap kita diberikan peluang untuk ketemu di Malaysia nnt..


Adakah hatimu sebesar cawan atau sebesar kolam?..

March 15, 2009 by kyokusanagi
cawan...

cawan...

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .

” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.

” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. “

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.

” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

p/s: diadaptasi dari syeikh faiz a.k.a. abg purple..

exclusive???

March 13, 2009 by kyokusanagi
Trent Building, University of Nottingham

Trent Building, University of Nottingham

suatu hari, Mamat berjalan dengan penuh bengang ke Trent building untuk berjumpa dengan Vice Chancellor University of Nottingham.. dlm perjalanan dia ke sana, dia terserempak ngn Abu yang baru balik dari solat zohor di Portland.. Abu kehairanan melihat Mamat yang sedang marah-marah..

“Assalamualaikum Mat.. awat ngn hang ni? kena sampuk jin ka?” tanya sang Abu dengan raut wajah berkerut..

“aku nak gi jumpa Vice Chancellor.. aku bengang sungguh dengan university ni..” balas Mat dengan muka yang masam..

“awat hang bengang ngn university Nottingham tercinta ni?cuba la hang cite skit” balas Abu sambil memujuk..

“aku bengang laaa..! setelah sebulan aku mendaftar kat university ni, baru aku tahu bahawa jurusan perubatan yang aku amik ni adalah 5 tahun punya kos.. university ni memang exclusive la.. awat depa tak pilih aku masuk tahun ke-5 terus??jimat skit duit aku!” bentak Mamat dengan nada tak puas hati..

Lalu Abu ketawa terbahak-bahak… Mamat yang tadinya bengang merasa pelik lak dengan sikap Abu..

“awat hang ketawa lak ni??aku tgh bengang ar wei!” tanya Mamat dengan nada marah..

camna la hang nak masuk direct ke tahun ke-5 sedangkan tahun pertama pun hang tak lepas lagi..camna la hang nak faham apa yang diajar di tahun ke-5 tuh?” jawab Abu tersenyum sambil menepuk2 bahu Mamat yang masih bluurrr..

p/s: jgn cakap org lain exclusive kalau kita sendiri pun exclusive.. kami ni bukan budak tadika yang boleh diperkotak-katikkan.. kalau setakat nak selak kain orang,kami pun boleh buat.. tapi alhamdulillah kami bukanlah ahli-ahli politik sebuah negara yang suka selak-menyelak kain lawan masing-masing..

Mencari spirit yang hilang…

February 28, 2009 by kyokusanagi

salam…maafkan aku wahai wordpress… sudah lama aku tak menjengukmu.. barangkali tajuk itu menceritakan segala-galanya…

Aku ‘menghilang’ seminggu dua ini… entah kenapa ku rasakan kurang ‘bertenaga’… i might admit most of it come from her absence…she does mean a lot to me…semakin lama dia bersamaku,semakin besar effectnya selepas pemergiannya kembali…perasaan ini barangkali normal.. bagi seorang insan yang lemah sepertiku..

kenangan ketika di Peak District

kenangan ketika di Peak District

tapi itulah namanya manusia… sudah menjadi fitrah bahawa iman itu bisa naik dan turun…hatta para sahabat seperti Abu Bakar dan Hanzalah yang mendapat tarbiyyah direct daripada sang nabi pun merasakan perasaan yang sama..ibarat naik turunnya pressure di dalam telaga minyak..ia perlu dikawal kerna jika tidak,inilah akibatnya…

blowout

blowout

jadi… bagaimanakah cara untuk mengawal naik turun iman ini…? adakah cukup dengan hanya baca quran sorang-sorang, solat di masjid berjemaah,dengar ceramah kat youtube,berzikir di pagi dan petang dsbnya,??saya tidak mengatakan semua ini tidak relevant..tapi saya ingin mengesyorkan sesuatu benda yang jarang orang perasan…iaitu ‘saling menasihati antara kamu’

seorang sahabat nabi, Mu’az bin Jabal pernah mengungkapkan kata-kata yang sungguh indah dan perlu difikirkan bersama.. “ijlis bina nukmin sa’ah”-marilah duduk bersama kami,kita beriman seketika…kata-kata ini diucapkan ketika negara Madinah sudah tertubuh.. ketika pelembagaan Quran adalah merupakan perlembagaan negara..tapi masih tarbiyyah itu diteruskan..masih element saling menasihati itu dijalankan…

kenapa perlunya duduk bersama??jawapannya ada di dalam kata-kata Ibnu Rawahah… ketika dia memegang tangan Abu Darda’ sambil mengucapkan”marilah kita beriman sejenak…sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik dari isi periuk yang sedang menggelegak”

how boiling occurs

how boiling occurred

itulah hati…kadang-kadang ia baik…kadang-kadang ia buruk.. jadi bagaimanakah caranya untuk kita memastikan agar sekurang-kurangnya all the times ia berada di pihak yang baik?? tak lain tak bukan ialah dengan sentiasa mentarbiyyah diri kita… menyibukkan diri dengan majlis tafakur(mengingati Allah)..sentiasa berada dikalangan orang-orang yang soleh..dan saling menasihati antara satu sama lain…

sememangnya dunia itu telah dijadikan indah buat manusia… dan itulah ujian dariNya..untuk menguji siapa antara kita yang lebih baik amalannya..ramai yang terleka,ramai yang terlalu obses dengan dunia,dgn pelajarannya,dengan XLRnya,dengan hiburan melampau-lampaunya, dengan kerjanya,dengan bolanya..sampai seringkali terlupa apa tujuan hidupnya..tidakkah kamu teringat di dalam satu hadith yg berbunyi:

…Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga

(Bukhari dan Muslim)

jadi bagaimana mungkin kita masih boleh bergelak ketawa riang sedangkan kita sendiri tak tahu apa pengakhiran kita… mungkin sekarang kita baik,but in the end..apa-apa pun boleh terjadi.. dan begitulah sebaliknya…Tetapi ingatlah! Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambanya… jangan sesekali kamu menganggap “owh,sekarang aku jahat..in the end aku akan jadi baik..org dalam hadith tu mcm aku la”.. sesungguhnya Muhammad itu sendiri tidak mengetahui perkara ghaib melainkan dengan wahyu(7:188)..sebab itulah golongan salafussoleh sentiasa berwaspada..takut-takut termasuk dalam orang yang disebutkan dalam hadith ini.. dan inilah sikap yang perlu kita ikuti..bagaimana???salah satu caranya ialah meletakkan diri kita dalam kelompok org yang saling menasihati….untuk memastikan naik turun iman itu berada di dalam range yang selamat…

persoalannya…”adakah aku ini orang yang sentiasa berwaspada?… ataupun aku merasakan amalanku sudah cukup..cukuplah dengan solat,baca quran,puasa bulan ramadhan,sedekah,forward hadith skit2..” jika kamu orang-orang yang benar(shadiq),insyaAllah kamu akan masuk syurga..syurga ini banyak pintu.. ada pintu sedekah..ada pintu puasa dan sebagainya…

tetapi…benarkah kamu akan benar??selesakah kamu dengan kamu?? jika ya.. tahniah saya ucapkan…

p/s: kadang-kadang menulis pun bisa memberikan sedikit tenaga,hehe….

Racism Dalam Dakwah…

February 9, 2009 by kyokusanagi
kenangan ketika memancing di Belfast,Ireland

kenangan ketika memancing di Belfast,Ireland

Pada suatu hari,nun di tengah laut di Belfast, sekumpulan pemuda sedang memancing ikan di atas sebuah bot…ketika sedang seronok memancing,datang sebuah bot lain menghampiri bot mereka..

Pemandu bot yang baru datang itu tiba-tiba memarahi pemuda yang sedang memancing ikan tadi.. “kamu tidak boleh memancing di sini! ini adalah kawasan kami sahaja..sila pegi memancing di tempat lain sekarang juga!” marah si pemandu bot tadi..

Pemuda-pemuda yang dimarahi tadi tiba-tiba tercengang..tiba–tiba bangun seorang pemuda lalu bertanya,”maafkan kami ya..kamu ada tanda ke ‘area’ kamu kat mana-mana?

si pemandu bot tadi menjawab,”Aah! takde2..ikan kat sini kami je yang boleh tangkap.. kamu pi tangkap kat tempat lain!”.. dalam kekecohan itu,seorang pemuda yang lain tiba-tiba ternampak perkataan “Samad & Co” tertera di bot si pemandu yang sedang marah-marah tadi..

Tiba-tiba dia pun tergelak kecil sambil bertanya,” Kamu ni bekerja tangkap ikan untuk Pak Samad ke???”..

“Aah..kenal pun kamu ngn bos aku..dah,ini kawasan bos aku..pi main jauh-jauh”balas si pemandu bot itu dengan angkuh..

Lalu pemuda tadi menjawab,” Lol.. kami pun kerja tangkap ikan utk Pak Samad jugak”, sambil menunjukkan perkataan “Samad & Co” di hadapan bot yang mereka naiki..

“ooowh……ye ke?? theethee…” balas si pemandu tadi sambil tersipu-sipu menahan malu lalu beredar dengan cepat dari situ…

moral-len kali tgk la kita kerja ngn sapa…kita menyumbang utk apa…kalau utk company yang sama,kenapa perlu bising-bising..?

Fikrahku part II

February 9, 2009 by kyokusanagi

entry kali ini merupakan sambungan kepada entryku yang pertama..kali ini aku ingin menyentuh ttg fikrah Ikhwanul Muslimun..seperti biasa,aku bukanlah org yg terbaik.. ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja.. yang benar hanyalah Quran dan As-Sunnah..tidak akan sesekali kamu sesat selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya…

Pendekatan IM(Ikhwanul Muslimun) juga selari dengan manhaj salaf.. ini dibuktikan dengan kata-kata Imam Hassan Al-Banna di dalam Majmu’ Rasail..

‘Mesej ini bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya mesej ini jelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mulia. Malah turut ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan  contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam.’

Apa yang aku nampak,tujuan IM hanyalah satu.. mengembalikan manusia kepada dakwah..mengembalikan manusia kepada tujuan hidup..menyedarkan manusia supaya meneruskan kerja-kerja nabi,kerja-kerja para sahabat.. kami ingin membina ‘core group’ terlebih dahulu sbgaimana nabi membina core group di Mekah dahulu..bukan sekadar sokong,tapi sanggup berkorban utk islam..soal jemaah ialah soal ranting..’ideally’ IM menarik manusia kepada Islam..selepas itu bila dia dah faham semua barulah IM ‘promote’ method dakwah kami..kami tiada borang-borang special utk diisi..kalau dia x selesa dengan cara dakwah fokus,terpulang lah..dia nk pi dakwah terbuka ke,nk jadi ahli politik ke,apa2 ke,pergilah..asalkan kamu bekerja..nabi nuh berdakwah pun macam2 method dia pakai..

bagi IM,dakwah merupakan teras perjuangan… jika ada ahli-ahli IM yang masuk cabang politik ke,ekonomi ke,pendidikan ke, semua cabang2 ini akan digunakan utk menarik manusia kepada dakwah..

lll

Hari tu ada orang kata gerak kerja kami adalah esklusif..benarke?? tunggu siri seterusnya,hehe..

ps: ini hanyalah pendapat peribadi..setiap kata2 boleh diterima atau ditolak melainkan kitabullah dan kata-kata baginda s.a.w.