Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah pada hari ini, 26 July 2010 Mu’az sudahpun dikeluarkan dari incubator dan dipindahkan ke heated bed.. berat Mu’az hari ni ialah 1605g..insyaAllah doktor menjangkakan Mu’az akan keluar around 1st or 2nd week of August.. tak sabar rasanya nak menyambut kepulangan Mu’az = ) … hampir 3 bulan dia berada di hospital.. dan selama 3 bulan inilah kami duk berulang-alik almost everyday ke sana..
Semalam saya dah menghubungi pihak embassy.. nampaknya terpaksa meminta tolong mereka jugak tentang urusan bil hospital.. ingatkan hari tu duit dah cukup..tapi nk buat camna..bulan ni Mu’az ada surgery PDA.. duit2 yg ada kalau digunakan hanya mampu cover bulan 6 sahaja.. harap-harap pihak embassy berjaya mintak diskaun dengan pihak hospital.. total amount yg dah dibayar sudah hampir 12000pound..dan jika dibayar penuh bil bulan 6, maka amount ini adalah dalam 20000pound sterling..tanpa bantuan dari Dia yang menggerakkan hati-hati anda untuk membantu, mungkin kami tak dapat nak harungi dugaan ini setabah sekarang..terima kasih sekali lagi =)
sekarang masih menunggu khabar berita dari pihak embassy.. baru semalam dapat kontek diorang..kalau xdapat jugak terpaksa la pegi ke plan B…huhu..bayar bulan-bulan selama 2 tahun….
rasanya setakat itu sahaja buat masa ini..terima kasih atas sokongan dan doa anda kepada Mu’az..
wassalam..





July 28, 2010 at 12:39 pm |
alhamdulillah…da kluar dr incubator da pon….syukur….
hmpir tiap2 hr ana ikuti pkmbgn baby mu’az nih..
moga dpmudahkn urusan kalian sekeluarga…
August 2, 2010 at 8:40 am |
alhamdulillah..
August 4, 2010 at 5:50 pm |
salam..
alhamdullilah… senang hati dan gembira Muaz dah pulih..
semoga Allah lindunginya dan memberi kesihatan yg baik.. insyaallah