Archive for the ‘Uncategorized’ Category

You are not alone…

April 28, 2009

Another day has gone
I’m still all alone
How could this be
You’re not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay

You are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart
You are not alone

All alone
Why, oh

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
So forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Then something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
For you are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart
And you are not alone

Whisper three words and I’ll come runnin’
And girl you know that I’ll be there
I’ll be there

You are not alone
I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart

You are not alone
For I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we’re far apart

p/s: lagu ini aku tujukan buat si dia yang berada di prague….believe me..u are not alone..

Mencari spirit yang hilang…

February 28, 2009

salam…maafkan aku wahai wordpress… sudah lama aku tak menjengukmu.. barangkali tajuk itu menceritakan segala-galanya…

Aku ‘menghilang’ seminggu dua ini… entah kenapa ku rasakan kurang ‘bertenaga’… i might admit most of it come from her absence…she does mean a lot to me…semakin lama dia bersamaku,semakin besar effectnya selepas pemergiannya kembali…perasaan ini barangkali normal.. bagi seorang insan yang lemah sepertiku..

kenangan ketika di Peak District

kenangan ketika di Peak District

tapi itulah namanya manusia… sudah menjadi fitrah bahawa iman itu bisa naik dan turun…hatta para sahabat seperti Abu Bakar dan Hanzalah yang mendapat tarbiyyah direct daripada sang nabi pun merasakan perasaan yang sama..ibarat naik turunnya pressure di dalam telaga minyak..ia perlu dikawal kerna jika tidak,inilah akibatnya…

blowout

blowout

jadi… bagaimanakah cara untuk mengawal naik turun iman ini…? adakah cukup dengan hanya baca quran sorang-sorang, solat di masjid berjemaah,dengar ceramah kat youtube,berzikir di pagi dan petang dsbnya,??saya tidak mengatakan semua ini tidak relevant..tapi saya ingin mengesyorkan sesuatu benda yang jarang orang perasan…iaitu ‘saling menasihati antara kamu’

seorang sahabat nabi, Mu’az bin Jabal pernah mengungkapkan kata-kata yang sungguh indah dan perlu difikirkan bersama.. “ijlis bina nukmin sa’ah”-marilah duduk bersama kami,kita beriman seketika…kata-kata ini diucapkan ketika negara Madinah sudah tertubuh.. ketika pelembagaan Quran adalah merupakan perlembagaan negara..tapi masih tarbiyyah itu diteruskan..masih element saling menasihati itu dijalankan…

kenapa perlunya duduk bersama??jawapannya ada di dalam kata-kata Ibnu Rawahah… ketika dia memegang tangan Abu Darda’ sambil mengucapkan”marilah kita beriman sejenak…sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik dari isi periuk yang sedang menggelegak”

how boiling occurs

how boiling occurred

itulah hati…kadang-kadang ia baik…kadang-kadang ia buruk.. jadi bagaimanakah caranya untuk kita memastikan agar sekurang-kurangnya all the times ia berada di pihak yang baik?? tak lain tak bukan ialah dengan sentiasa mentarbiyyah diri kita… menyibukkan diri dengan majlis tafakur(mengingati Allah)..sentiasa berada dikalangan orang-orang yang soleh..dan saling menasihati antara satu sama lain…

sememangnya dunia itu telah dijadikan indah buat manusia… dan itulah ujian dariNya..untuk menguji siapa antara kita yang lebih baik amalannya..ramai yang terleka,ramai yang terlalu obses dengan dunia,dgn pelajarannya,dengan XLRnya,dengan hiburan melampau-lampaunya, dengan kerjanya,dengan bolanya..sampai seringkali terlupa apa tujuan hidupnya..tidakkah kamu teringat di dalam satu hadith yg berbunyi:

…Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga

(Bukhari dan Muslim)

jadi bagaimana mungkin kita masih boleh bergelak ketawa riang sedangkan kita sendiri tak tahu apa pengakhiran kita… mungkin sekarang kita baik,but in the end..apa-apa pun boleh terjadi.. dan begitulah sebaliknya…Tetapi ingatlah! Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambanya… jangan sesekali kamu menganggap “owh,sekarang aku jahat..in the end aku akan jadi baik..org dalam hadith tu mcm aku la”.. sesungguhnya Muhammad itu sendiri tidak mengetahui perkara ghaib melainkan dengan wahyu(7:188)..sebab itulah golongan salafussoleh sentiasa berwaspada..takut-takut termasuk dalam orang yang disebutkan dalam hadith ini.. dan inilah sikap yang perlu kita ikuti..bagaimana???salah satu caranya ialah meletakkan diri kita dalam kelompok org yang saling menasihati….untuk memastikan naik turun iman itu berada di dalam range yang selamat…

persoalannya…”adakah aku ini orang yang sentiasa berwaspada?… ataupun aku merasakan amalanku sudah cukup..cukuplah dengan solat,baca quran,puasa bulan ramadhan,sedekah,forward hadith skit2..” jika kamu orang-orang yang benar(shadiq),insyaAllah kamu akan masuk syurga..syurga ini banyak pintu.. ada pintu sedekah..ada pintu puasa dan sebagainya…

tetapi…benarkah kamu akan benar??selesakah kamu dengan kamu?? jika ya.. tahniah saya ucapkan…

p/s: kadang-kadang menulis pun bisa memberikan sedikit tenaga,hehe….

Fikrahku part II

February 9, 2009

entry kali ini merupakan sambungan kepada entryku yang pertama..kali ini aku ingin menyentuh ttg fikrah Ikhwanul Muslimun..seperti biasa,aku bukanlah org yg terbaik.. ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja.. yang benar hanyalah Quran dan As-Sunnah..tidak akan sesekali kamu sesat selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya…

Pendekatan IM(Ikhwanul Muslimun) juga selari dengan manhaj salaf.. ini dibuktikan dengan kata-kata Imam Hassan Al-Banna di dalam Majmu’ Rasail..

‘Mesej ini bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya mesej ini jelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mulia. Malah turut ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan  contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam.’

Apa yang aku nampak,tujuan IM hanyalah satu.. mengembalikan manusia kepada dakwah..mengembalikan manusia kepada tujuan hidup..menyedarkan manusia supaya meneruskan kerja-kerja nabi,kerja-kerja para sahabat.. kami ingin membina ‘core group’ terlebih dahulu sbgaimana nabi membina core group di Mekah dahulu..bukan sekadar sokong,tapi sanggup berkorban utk islam..soal jemaah ialah soal ranting..’ideally’ IM menarik manusia kepada Islam..selepas itu bila dia dah faham semua barulah IM ‘promote’ method dakwah kami..kami tiada borang-borang special utk diisi..kalau dia x selesa dengan cara dakwah fokus,terpulang lah..dia nk pi dakwah terbuka ke,nk jadi ahli politik ke,apa2 ke,pergilah..asalkan kamu bekerja..nabi nuh berdakwah pun macam2 method dia pakai..

bagi IM,dakwah merupakan teras perjuangan… jika ada ahli-ahli IM yang masuk cabang politik ke,ekonomi ke,pendidikan ke, semua cabang2 ini akan digunakan utk menarik manusia kepada dakwah..

lll

Hari tu ada orang kata gerak kerja kami adalah esklusif..benarke?? tunggu siri seterusnya,hehe..

ps: ini hanyalah pendapat peribadi..setiap kata2 boleh diterima atau ditolak melainkan kitabullah dan kata-kata baginda s.a.w.

gandum yang belum masak lagi…

January 11, 2009

Hey!! Apa tengok-tengok??!!

December 24, 2008

coretan ini adalah khas buat segelintir para ‘mujahidah’ dakwah.. entah mengapa aku merasa sedikit lucu bilamana tarbiyyah menjadikan antunna semua seolah-olah kami sedang berhadapan dengan warden penjara…..

benar! islam mengajar wanita supaya jangan tergedik-gedik di hadapan lelaki AKAN TETAPI islam juga mengajar kita supaya berakhlak.. di manakah akhlak kamu bila berurusan dengan ikhwah?kenapa harus menenking-nenking? apa?ingat lelaki ini tiada hati dan perasaan ke?

kami bukan meminta aurat kamu tetapi kami hanya mengimpikan akhlak yang solehah.. tiadalah guna ilmu dan tarbiyyah jika ia menjadikan kamu semakin kurang ajar..

berakhlaklah dengan baik dan jagalah batasan agama.. jangan terlalu cuai dan jangan juga terlalu melampau dalam beragama.. gunakanlah kata-kata yang sopan dengan bahasa yang penuh beradab..

sama-samalah muhasabah diri….

khutbah raya haji oleh Dr MAZA di MSD, London

December 14, 2008

thanks to Aiman london for recording,hehe.. selamat menonton..

amanat terakhir SS Dr Maza di Malaysia

December 2, 2008

drive…

November 30, 2008

keta

“Abu, ko bawak ar keta tu abu..kami semua sepakat nak ko bawak”kata Faizal sambil mencuit kawan-kawannya yang lain

“tapi aku tak de la pandai sangat..orang lain tak boleh ke??”Abu membalas..

“takde2.. kami dah syura.. ko jugak yang kena bwak keta ni Abu”kata Ramli sambil tersengih melihat Abu serba salah..

“tapi….”

belum sempat Abu membalas,mereka sudah mula ber’syura’ isu yang lain pulak.. siapa nk isi minyak kereta..siapa nk uruskan peta..siapa nak masak makanan..

di hari yang ditetapkan, Abu pun memulakan tugas yang di anugerahkan oleh rakan-rakannya iaitu memacu kereta lamboghini tersebut.. mereka ingin melancong ke Cordoba,Spain..

sampai di satu jalan kampung, ada satu bumper yang agak tinggi jugak.. Abu dengan tak biasanya membawa lamboghini menyangkakan dia tengah membawa pajero kesayangan ayahnya..lalu dengan lajunya dia melepasi bumper itu dan…

Baaang!

Ramli yang terkejut dengan insiden tu terus memarahi Abu.. kawan-kawan mereka yang lain turut bengang dengan Abu..

“ko ni penah drive keta ke tak?mcm tak pandai je nak bawa kereta..jauh lagi perjalanan kita ni!” herdik Faizal sambil memuncungkan mukanya..

belum sempat rakan-rakan yang lain nak memarahi Abu, Abu terus membalas

“itulah hang..aku suruh bawak tak nak.. pastu nak merepek pulak.. kalau hang rasa hang pandai sgt hang bawak laa” marah Abu sambil keluar dari kereta lalu menahan bas express Budaya dan terus blah ..

“Hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis”

November 29, 2008

HARI ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis.

Insya-Allah, pada pukul 10.45 pagi esok saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal. Saya akan menyempurnakan – dengan izin Allah – kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.

Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi. Pada hari saya dijemput ke Perlis untuk menjadi mufti, saya berfikir panjang apakah yang mampu untuk saya lakukan mengenai perubahan kefahaman dan minda rakyat. Mampukah saya menghadapi corak warna yang sukar diubah yang menguasai suasana? Beberapa hari selepas tawaran itu datang, Ramadan menjelang. Saya yang teramat lemah dan kerdil ini mengambil kesempatan dari dataran Ramadan yang penuh rahmat memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dan kemampuan agar saya mampu melakukan sesuatu. Selepas Ramadan, saya menerima tugas sebagai Mufti Perlis dan cuba melakukan tanggungjawab yang saya percaya saya patut lakukannya. Bermula pada saat itu, saya belum berehat menghadapi berbagai-bagai isu yang saya utarakan atau yang muncul dalam masyarakat. Atas slogan: “Kembalikan imej Islam”, “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah”, “Islam memusuhi kebodohan”, saya berkuliah di sana-sini, berucap dalam berbagai-bagai majlis, membentangkan kertas kerja, memberikan pandangan yang pelbagai di media, memenuhi berbagai-bagai rancangan televisyen, menghadiri pelbagai dialog, menulis sekitar lebih 100 artikel yang melahirkan berbagai-bagai diskusi sepanjang dua tahun, menghasilkan buku, membuka laman web yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berunding dan berbincang dengan pelbagai pihak, pertubuhan, artis, pelajar dan lain-lain. Namun saya terus yakin, masih ada ruangan baki tenaga yang barangkali saya belum gunakan sepenuhnya. Ada waktu saya terbuang kerana bersembang dan ceria bersama rakan dan sahabat yang kadang-kala mengambil masa yang lebih daripada yang patut. Ada juga ruang waktu santai yang kadang-kala mungkin boleh untuk dikurangkan. Pun begitu dalam tempoh dua tahun itu saya juga beberapa kali demam yang disebabkan lebihan bebanan kerja. Memerah otak lebih penat daripada memerah tenaga. Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan juga, sokongan Kerajaan Perlis yang lepas dan Istana Perlis yang memberi ruang serta tidak pernah mengongkong saya adalah antara faktor yang melancar segala usaha.

Merubah bukit dan gunung kadang-kala lebih ringan dari merubah minda manusia yang berakar umbi sekian lamanya. Bukit dan gunung jika diubah tidak akan bercakap, tetapi manusia jika kita ingin mengubah mindanya yang patut diubah, jika mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menolak, tetapi merencana untuk bertindak dan kita akan menghadapi padahnya. Bukit dan gunung tidak akan berdusta dan membuat cerita bohong mengenai kita, tetapi manusia yang tidak bersetuju akan melakukannya. Bukit dan gunung tidak akan hasad dengan kita, tetapi manusia jika dia hasad, segala kejadian dan cerita luar biasa akan tercetus. Apapun saya rasa perubahan – alhamdulillah – telah berlaku dalam tempoh tersebut. Pelbagai lapisan rakyat yang berjumpa saya menyatakan sokongan. Ribuan e-mel sokongan diterima. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang memusuhi, prejudis dan menganggap saya mengganggu periuk nasi dan kerusi empuk mereka yang selesa terutama sebilangan mereka yang berjawatan dalam agama dan politik.

Singkat

Dua tahun memanglah singkat. Hari ini saya telah menamatkan pusingan dan tugasan tersebut. Kepada Allah saya serahkan; agar diampunkan kelemahan dan diberi pahala jika ada kebaikan. Siapalah insan yang kerdil dan daif seperti saya untuk merasai diri telah menyempurnakan tugas. Bahkan saya yakin, masih ada ruangan yang patut saya sempurnakan, namun saya tidak memenuhinya. Maka apabila saya ditanya oleh wartawan yang pelbagai: “Apakah Dr. berpuas hati dengan misi yang dilakukan sepanjang dua tahun ini?” Jawapan saya, tentulah “tidak”. Saya mengharapkan Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya. Saya teringat Rasulullah SAW yang amat sempurna itu. Dalam khutbah baginda pada Hari Hajjatul Wada’, baginda bertanya lautan para sahabat yang hadir tentang tugasan yang telah dilakukan baginda. Baginda bersabda: “Kamu akan ditanya (oleh Allah) mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab?” Kata mereka: “Kami menyaksikan bahawa engkau telah menyampaikan, telah menunaikan, dan telah menasihati”. Lalu baginda mengangkat jari telunjuk ke langit dan kemudian ke arah orang ramai dan bersabda: “Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali. (Riwayat Muslim). Demikian seorang nabi yang penuh amanah menunaikan tanggungjawab, menyampaikan kebenaran dan menasihati umat, pun begitu masih inginkan kepastian dan kepuasan perasaan dengan bertanyakan orang ramai tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh dirinya yang mulia. Siapalah kita di hadapan semua ini.

Mengubah minda dan pemikiran bukan kerja mudah. Ia memerlukan masa dan kesungguhan. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesabaran dalam menghadapi ujian dan harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud ra: “Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?” Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq – lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26). Ini realiti kita sebenarnya. Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukar hendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar. Lalu pendapat golongan agama, sekalipun tidak menepati nas tetap dimaksumkan. Contohnya seseorang tidak membeza antara perkahwinan yang sah, dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh Pejabat Agama. Seperti cerita seorang kadi yang enggan mengesahkan perkahwinan yang diuruskan oleh kadi lain kerana pasangan tersebut menjemput kadi luar kawasan. Padahal Rukun Nikah sudah dipenuhi; ada pasangan, wali, saksi dan akad. Namun kerana fulus pendaftaran tidak sampai ke tangan kadi kawasan, maka pasangan itu selama beberapa tahun terpaksa merayu sijil nikah mereka. Menderitalah mereka dalam tempoh tersebut, lalu ada yang menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sama seperti perkahwinan di luar negara, bukan tidak sah tetapi tidak diiktiraf oleh kerenah birokrasi agama di Malaysia. Begitu juga dalam hal-hal lain termasuk ibadah. Berapa banyak perkara adat Melayu disangka ajaran Islam sehingga jika kita berbeza kita akan dituduh dengan berbagai- bagai perkara. Demikian juga kita kekurangan tokoh yang amanah tetapi ramai pula yang hendak jadi ahli politik. Seterusnya betapa ramai para pembaca al-Quran atau penceramah dalam kalangan kita, tetapi sedikit pula yang benar-benar memahami hakikat Islam yang dihantar kepada umat manusia. Akhirnya kita gagal menampilkan imej Islam yang indah seperti yang diperjuangkan oleh baginda Nabi SAW. Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas‘ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Pelbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir.

Saya yang maha lemah ini mencuba untuk memberikan pandangan dan pemikiran agar Islam dan umat Islam dalam negara ini dapat terus tampil relevan terutama dalam menghadapi perubahan zaman. Saya bukan tidak menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi kita perlukan kematangan dalam membimbing umat dan menghadapi zaman. Di samping fatwa yang ada, cubalah juga berikan fatwa yang dapat membangkitkan umat seperti memfatwakan berdosa umat Islam di negara ini membiarkan ekonomi dikuasai orang lain. Alhamdulillah, media seluruh negara begitu baik membantu saya. Antara yang paling utama ruangan Pena Mufti ini telah dibaca oleh pelbagai pihak. Saya mendapat sahabat yang ramai kerana ruangan ini, termasuklah Tun Dr. Mahathir dan berbagai-bagai tokoh besar lain. Ribuan e-mel dan surat sokongan saya terima daripada rakyat Malaysia dalam dan luar negara, Muslim dan bukan Muslim. Juga para pembaca dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Media-media luar juga sering menemuramah saya. Di mana saya pergi alhamdulillah, pelbagai lapisan menyatakan sokongan.

Prejudis

Walaupun pada peringkat awal banyak yang prejudis, namun anjakan masa dan perubahan hari telah membawa sebahagian besar mereka dapat menerima bahawa idea dan pandangan yang dikemukakan itu di luar dari daerah kepentingan mana-mana individu atau pihak. Namun saya tahu yang menolak terus menolak. Saya masih ingat, apabila RTM membuat wawancara khas secara langsung dengan saya yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar, apabila saya hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan, pengerusinya seakan mengadakan sidang mahkamah khas mempertikai apa saya kemukakan. Namun kerana masa itu saya masih awal sebagai mufti, saya enggan mengambil langkah bertegang. Bukan sedikit selepas itu pelbagai fitnah datang daripada mereka yang memegang ‘jenama agama’. Ada yang tuduh saya tumbuk imam di Perlis, ada yang kata Amerika bantu. Ada yang ‘sepangkat’ dengan saya dalam ceramahnya menceritakan bahawa saya pergi New Zealand keluar bas tidak pakai songkok dan naik bas terlewat. Itu memang benar, namun saya pasti apakah itu perlu dimasukkan ke dalam isi ucapan? Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa Ph.D saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberi pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal Ph.D yang ditulis dalam Bahasa Arab itu dicetak oleh UIAM, dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon. Saya malas hendak melayan itu semua dalam kesibukan mengejar waktu. Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah di negeri mereka. Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Jakim pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwa, walaupun mufti negeri lain dilantik. Saya menerima itulah realiti perjuangan dengan senyuman dan tidak kecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulama terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu.

Saya teringatkan kata-kata Za‘ba dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri yang Prof Diraja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca. Antara katanya yang pernah saya petik dahulu: “Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu – kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandaimandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Saya telah mencuba dalam masa dua tahun yang lepas. Terserah kepada rakyat menilainya. Jika ia tidak berjaya pun, saya mengharapkan Allah memberikan saya pahala. Ya! Ratusan e-mel saya terima membantah keputusan saya tidak mempertahankan jawatan mufti ini. Sehingga ada yang menulis “Selama ini saya amat menyanjungi kebijaksanaan tuan mufti, tetapi saya yakin tindakan tuan berhenti adalah merupakan keputusan yang silap, atau tuan mungkin tidak lagi memikirkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini lagi. Maafkan saya!” Saya ingin katakan, saya akan terus berfikir untuk itu, bahkan saya akan cuba mewakafkan hidup untuk perjuangan yang panjang ini. Saya bukan lari meninggalkan medan perjuangan, tetapi saya insya-Allah akan pulang dengan kekuatan yang baru. Rakyat Perlis bersalam dengan saya pada Jumaat lepas dengan kesedihan dan tangisan. Saya bersyukur saya meninggalkan jawatan dengan penuh senyuman dan persahabatan. Sekurang-kurangnya mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia.

www.drmaza.com/home

p/s: kami menunggu kedatanganmu di UK……..

ISK kembali lagi!!

November 28, 2008

isk

dalam surah al-Muddatsir,Allah berfirman..

Wahai orang yang berselimut..

Bangunlah! lalu berilah peringatan..

Dan Tuhanmu.. agungkanlah..

teringat aku kata-kata seorang ustaz..” datanglah usrah berjuta-juta kali,dengarlah kuliah beratus-ratus kali.. hadirlah tamrin berpuluh-puluh kali..selagi mana kamu tak memberi peringatan kat orang lain,selagi itulah kamu masih tidur…”

oleh itu..tanyalah diri masing-masing..

Adakah aku masih berada di alam mimpi?…”

baby

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “agar kami mempunyai ALASAN (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa” (7:164)