Racism Dalam Dakwah…

February 9, 2009 by kyokusanagi
kenangan ketika memancing di Belfast,Ireland

kenangan ketika memancing di Belfast,Ireland

Pada suatu hari,nun di tengah laut di Belfast, sekumpulan pemuda sedang memancing ikan di atas sebuah bot…ketika sedang seronok memancing,datang sebuah bot lain menghampiri bot mereka..

Pemandu bot yang baru datang itu tiba-tiba memarahi pemuda yang sedang memancing ikan tadi.. “kamu tidak boleh memancing di sini! ini adalah kawasan kami sahaja..sila pegi memancing di tempat lain sekarang juga!” marah si pemandu bot tadi..

Pemuda-pemuda yang dimarahi tadi tiba-tiba tercengang..tiba–tiba bangun seorang pemuda lalu bertanya,”maafkan kami ya..kamu ada tanda ke ‘area’ kamu kat mana-mana?

si pemandu bot tadi menjawab,”Aah! takde2..ikan kat sini kami je yang boleh tangkap.. kamu pi tangkap kat tempat lain!”.. dalam kekecohan itu,seorang pemuda yang lain tiba-tiba ternampak perkataan “Samad & Co” tertera di bot si pemandu yang sedang marah-marah tadi..

Tiba-tiba dia pun tergelak kecil sambil bertanya,” Kamu ni bekerja tangkap ikan untuk Pak Samad ke???”..

“Aah..kenal pun kamu ngn bos aku..dah,ini kawasan bos aku..pi main jauh-jauh”balas si pemandu bot itu dengan angkuh..

Lalu pemuda tadi menjawab,” Lol.. kami pun kerja tangkap ikan utk Pak Samad jugak”, sambil menunjukkan perkataan “Samad & Co” di hadapan bot yang mereka naiki..

“ooowh……ye ke?? theethee…” balas si pemandu tadi sambil tersipu-sipu menahan malu lalu beredar dengan cepat dari situ…

moral-len kali tgk la kita kerja ngn sapa…kita menyumbang utk apa…kalau utk company yang sama,kenapa perlu bising-bising..?

Fikrahku part II

February 9, 2009 by kyokusanagi

entry kali ini merupakan sambungan kepada entryku yang pertama..kali ini aku ingin menyentuh ttg fikrah Ikhwanul Muslimun..seperti biasa,aku bukanlah org yg terbaik.. ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja.. yang benar hanyalah Quran dan As-Sunnah..tidak akan sesekali kamu sesat selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya…

Pendekatan IM(Ikhwanul Muslimun) juga selari dengan manhaj salaf.. ini dibuktikan dengan kata-kata Imam Hassan Al-Banna di dalam Majmu’ Rasail..

‘Mesej ini bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya mesej ini jelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mulia. Malah turut ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan  contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam.’

Apa yang aku nampak,tujuan IM hanyalah satu.. mengembalikan manusia kepada dakwah..mengembalikan manusia kepada tujuan hidup..menyedarkan manusia supaya meneruskan kerja-kerja nabi,kerja-kerja para sahabat.. kami ingin membina ‘core group’ terlebih dahulu sbgaimana nabi membina core group di Mekah dahulu..bukan sekadar sokong,tapi sanggup berkorban utk islam..soal jemaah ialah soal ranting..’ideally’ IM menarik manusia kepada Islam..selepas itu bila dia dah faham semua barulah IM ‘promote’ method dakwah kami..kami tiada borang-borang special utk diisi..kalau dia x selesa dengan cara dakwah fokus,terpulang lah..dia nk pi dakwah terbuka ke,nk jadi ahli politik ke,apa2 ke,pergilah..asalkan kamu bekerja..nabi nuh berdakwah pun macam2 method dia pakai..

bagi IM,dakwah merupakan teras perjuangan… jika ada ahli-ahli IM yang masuk cabang politik ke,ekonomi ke,pendidikan ke, semua cabang2 ini akan digunakan utk menarik manusia kepada dakwah..

lll

Hari tu ada orang kata gerak kerja kami adalah esklusif..benarke?? tunggu siri seterusnya,hehe..

ps: ini hanyalah pendapat peribadi..setiap kata2 boleh diterima atau ditolak melainkan kitabullah dan kata-kata baginda s.a.w.

Fikrahku Part 1

January 28, 2009 by kyokusanagi

quran

Assalamualaikum…

akhirnya setelah lama ditangguh-tangguh, maka bermulalah sudah penulisanku ini,hehe.. lama dah sebenarnya nk share ttg fikrah(manhaj,jalan,cara fikir) aku.. i’m not the best to represent the outcomes of these fikrah-fikrah but i’m still learning and trying to improve myself.. dan apa yang aku tulis ini adalah merupakan apa yang aku faham.. bukan apa yang aku kopi pasta ya..hehe.. so maybe tak sama dengan apa yang korang faham/dengar so don’t be shock k..kl ada pape nak komen,komen ar..

Fikrah 1-SALAF

yup.. daripada awal lagi aku mula menyukai fikrah ini(suka tak bermakna ko kena jadi salafi totok).. mungkin ramai yang duk konpius dengan wahhabi lebih-lebih lagi yg duk bercakap ttg wahhabi tu ustaz atau moderator forum-forum di internet..x kisah la korang nak cakap apa tapi percayalah,pemahaman aku tak sama macam pemahaman korang dan aku sendiri pun x de kaitan ngn syeikh abdul wahab..dalam hal-hal ini aku lebih suka untuk refer kepada ulama-ulama spt yusof qardhawi,wahbah zuhaili instead of referring ustaz-ustaz atau moderator-moderator nih..kdg2 depa ni bias.

banyak benda yang aku belajar dari fikrah salaf.. antaranya:

  1. belajar untuk faham sesuatu dengan berdalil- ramai org konpius bila dgr benda ni..depa ingat kita terus pergi kepada dalil and kuarkan hukum sendiri..apa yang dimaksudkan, kamu belajar la dari tok syeikh2 mana sekalipun,tapi apa yang kamu belajar tu mestilah ada dalil dari quran dan sunnah..jangan main taqlid buta sahaja..even kalau kamu ikut mazhab syafie sekalipun,cubalah untuk lebih berdalil memahami kenapa  al-Imam As-Syafie mengeluarkan pendapat sedemikian..dari mana sumbernya dll..bukanlah untuk meragui kriteria al-imam,tetapi utk melatih diri kita supaya sentiasa tahu bahawa amal ibadah yang kita buat ni ada sandarannya dengan al-quran-dan as-sunnah..
  2. pemikiran terbuka,tidak jumud- kita diajar untuk menghormati pendapat dan pegangan orang lain selagi mana apa yang dia buat ada dalil dari quran dan sunnah..dan selagi mana dia berada di dalam ijtihad ulama..kami juga diajar ttg keluasan fiqh..mencari pendapat yang paling kuat antara para ilmuan/imam dan mengambil pendapat itu..itu apply untuk diri sendiri..jika org lain ingin mengambil pendapat yg lain terpulang asalkan ada sumbernya dari kitab dan sunnah..kita tidak di ajar untuk memaksa pendapat kita ke atas pendapat orang lain.. sekadar perkongsian ada la..
  3. tidak taksub-fikrah salaf menjadikan diri aku lebih neutral sebenarnya.. tidak taksub dengan mana-mana mazhab,ttp lebih menjadikan diri kita taksub dgn quran dan sunnah..kalau pendpat mazhab/syeikh lain lagi strong(berdasarkan pengamatan org-org yang berilmu juga),maka kita boleh berpegang kepada pendapat tu atas dasar ia lebih kuat dan dekat dgn cara kehidupan nabi dan salafussoleh..fikrah ini juga tidak menjadikan aku seorang yang taksub ‘jemaah’..fikrah salaf boleh berada pada semua orang regardless dia Tabligh ke,Ikhwan ke,Parti politik ke(dlm konteks mesia xkisah la UMNO ke PAS) dsb..selagi mana kamu ada sumbangan terhadap Islam,maka teruskan..jgn jadikan seolah2 ‘jemaah’ kita je sungai yang besar, ‘jemaah2′ lain ni sungai yang kecik je..fikrah ini juga mengajar kita supaya tidak memilih bulu..”jika kamu tidak bersama kami(parti kami),maka kamu adalah musuh kami”-pernah diucapkan oleh seorang pemimpin politik,ttp maaf..bagi ku” selagi mana kamu bersama di bawah Kitabullah dan Sunnah ar-Rasul,kamu bersama kami..jika sebaliknya maka kamu adalah objek da’wah kami”..
  4. apa-apa dari kitab dan sunnah adalah besar- kadang-kadang pelik jugak tgk sesetengah org.. bagi dia dakwah je sunnah yang besar,tp solatnya x nak ikut sunnah gak(maksudnya kl ditanya knp dia buat itu ini dalam solat,dia x leh bagi sebab dri quran dan sunnah ataupun ijtihad para imam)..dan pelik jugak bila tgk solatnya mmg dah solat cara nabi tapi bab dakwah lak dipandang enteng..benda-benda yang bid’ah(maaf sy menggunakan perkataan ini kerana nabi juga guna perkataan ini) sama ada kita jadi terlalu cuai dgn isu ini atau terlalu melampau..pasal isu-isu sunnnah/bid’ah ni saya lebih suka refer kepada zaman kehidupan nabi dan generasi sahabat..depa buat tak amalan macam kita nk buat ni?kl kita tahu depa x buat,buat apa kita nk buat..?xkan kita nak lebih terkedepan dari generasi salaf yang merupakan generasi terbaik tu?itu je..pastu kalau u cakap ada khilaf la,ada hadif dhaif la..fadhail amal la..terpulang..bagiku,itulah cara fikirku..biarlah Allah yang mengadili kita semua di padang Masyar nnt..
  5. kepentingan ilmu- kami di ajar bahawa semua ilmu adalah penting.. ilmu ttg fiqh pun penting..ilmu haraki pun penting..ilmu baca quran pun penting..kadang-kadang ada sesetengah org,ilmu yg haraki je penting,ilmu-ilmu lain tu tak penting(xyah belajar sgt pun..kita duk zaman jahiliyyah..bkan abbasiyah)..maka lahirlah orang yang kuat dakwahnya tapi lemah tajwidnya,lemah dari segi kesahihan ibadahnya,dll.. begitu juga kalau duk tumpu ilmu2 fiqh je..nnt jadilah dia org yang kuat berdegar-degar di internet duk berforum/blog tapi kat luar orang x kenal pun dia siapa..pastikan diri kita(termasuk aku) adalah well-balanced..

rasanya setakat ini dululah buat entry kali ini..insyaAllah ia akan menyusul pasni..ada satu lagi fikrah yang ingin aku bincangkan..hehe.. to be continued.

akhirnya..exam sudah tamat..?

January 24, 2009 by kyokusanagi
-mad keletihan dan tono kegatalan-

-mad keletihan dan tono kegatalan-

faiz pun keletihan nampaknya...

faiz pun keletihan nampaknya...

wei..bo bo la bola tuh.. study2!

wei..bo bo la bola tuh.. study2!

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah exam aku untuk winter… setelah berpenat-lelah bercamping di George Green Library selama 2 minggu,akhirnya ia berhasil jua.. cuma ada satu paper je yang spoil,hehe.. harap2 lulus pun jadi lah..

Ramai orang happy bila habis exam… walaupun belum tahu apa result yang akan diperoleh akhir nanti..semua status member-member di YM byk yang busy study la.. sakit itu ini la.. dan macam-macam lagi.. mereka berusaha dengan sebegitu tekun untuk pulun exam ni habis-habisan..ada yang dah jadi kelawar(x tido hampir 24 jam), ada yang lari dari rumah sebab takut dengan komputer, ada yang tido di masjid, ada yang terperap dalam rumah,dan bermacam-macam lagi..demi exam mereka berkorban..

Aku sendiri pun terpaksa membawa bekal ke library sebab macam biasa,aku pegi pagi balik malam… pada awal-awalnya bekalan aku di pau juga oleh si X dan Y..last-last,aku suh depa masak jugak,haha.. so bercamping la kitaorg di sana..

Tapi…. benarkah exam sudah tamat?si X sering mengatakan… “ada sesuatu yang lebih besar lagi dari exam ni..” kita sanggup berkorban masa dan tenaga kita semata-mata nak lulus exam yang manusia buat.. seolah-olah semua masa kita hanyalah untuk study je… bagus lah..study tu tak salah..tapi,adakah kita sanggup buat benda yang sama untuk lulus ‘exam’ yang Tuhan kepada sekalian alam buat untuk kita?dah cukup kah masa yang kita luangkan di jalanNya?kenapa benda yang sama tak apply utk exam ini? ke sebab kita ‘tak nampak’? ataupun secara halusnya ‘kurang beriman’?hurm..tepuk dada tanyalah iman..alhamdulillah jika ia ada.. celakalah orang yg tiada langsung imannya di hati..

“aku busy.. aku final year..aku nak fokus betul-betul kepada study aku”

“aku ada 5 bulan lagi..bulan 6 ni nak balik dah..aku kena concentrate”

“ala..berhibur tiada salahnya..Nabi pun berhibur jugak dgn Aisyah dahulu”

benar.. kamu nak study betul2 kamu x salah..kamu nak berhibur pun x salah..tapi jangan sampai takde masa langsung yang kamu peruntukan untuk berbakti di jalan Tuhan..kalau kamu masih sempat berjalan-jalan,masih sempat bermain bola atau badminton, masih sempat bermain-main game sehingga berjam-jam,masih sempat bermain facebook-disamping masa study kamu yang mahal tu, akan tetapi bila diminta untuk berbakti kepada Tuhan tiba-tiba kamu mengatakan kamu takde masa…dan kamu mula mencari alasan..

“eh,aku ada project la..”

“eh,aku kena buat koswork  la..”

“eh,aku nak kena chatting la..”

adakah jawapan yang sama juga akan keluar jika kamu diajak kepada bola, badminton, facebook, carboot, city??tepuk dada tanya iman sekali lagi..

bisa saja jika alasan itu sudah ada sebelum diminta tetapi jangan kita yang pergi mencari-cari alasan ketika diminta…

Demi masa… Sesungguhnya manusia itu SENANTIASA berada dalam kerugianMELAINKAN orang-orang yang beriman DAN mengerjakan amal saleh,DAN saling berpesan-pesan kepada kebenaran DAN saling berpesan-pesan dengan kesabaran

gandum yang belum masak lagi…

January 11, 2009 by kyokusanagi

Maaf.. Aku Seorang Yang Busy..

January 10, 2009 by kyokusanagi

stack_books

maafkan aku…

hidupku dikelilingi buku…

demi mengejar cita-citaku…

sehingga aku kaku…

dengan tugasan di bahu…

mahu tak mahu…

bermain di benakku…

cukuplah dengan peringatan…

tak perlu mata bertentangan…

barangkali sudah bosan…

dengan ceramah dan pesanan…

Ah! Aku juga berjuang…

di jalan Tuhan…

menyelamatkan insan…

dari kesakitan…

masaku hilang…

untuk para teman…

tapi…

adakah engkau lupa…

betapa busynya mereka…

dengan alpha dan beta…

namun hak perlu dijaga…

kerna Tuhan akan bertanya…

untuk apa kamu di dunia?

Kyo & Zilla-09

kisah ikan haruan dengan anaknya…

January 8, 2009 by kyokusanagi

haruan

pada suatu hari di sebuah bendang di belakang rumah shafie, anak ikan haruan mengadu kepada ibunya…

“Bu,saya ada seorang kawan namanya Kelah..dia add saya dalam Facebook dia.. waa,umah dia amat cantik bu..airnya jernih..macam air spritzer..saya pun nak hidup dalam air yang jernih bu..saya sudah amt bosan sih hidup di dalam air yang keruh ini…”

Ibunya tersenyum kambing sambil mengibas-ngibas ekornya lalu menjawab..

” bagaimana kamu ingin mendapat air jernih sedangkan di sekeliling kamu dipenuhi lumpur?”..

itulah sebuah kisah yang dipetik dari Mastoka… pengajaran??yup..mmg ada sebab cerita ini di tulis…

air jernih diibaratkan pahala,rahmat dari Allah dan lumpur diibaratkan dengan keadaan kita di hadapan Allah.. bagaimana kita hendak mendapat rahmat dan maghfirah dari sang Rabb jika kita dalam setiap saat berada di dalam keadaan yang Dia haramkan,keadaan yang Dia murka? bagaimana kita masih mampu tersenyum riang sedangkan Dia sedang melihat kita dalam keadaan yang marah?wahai insan…angkuhnya kamu dihadapan Tuhanmu…

kita sedih dan marah melihat si A atau si B melakukan maksiat..ttp adakah kita lupa bahawa kita dalam setiap saat berada dalam keadaan maksiat di hadapan Allah??mereka mungkin melakukan maksiat sekali sekala.. sedangkan kita melakukannya berterusan….bersedihlah dengan diri-diri kamu sebelum kamu bersedih kepada orang lain.. kerna  barangkali dirimu lebih teruk dari mereka..

di mana hadith yang selalu kamu laungkan- “jika kamu melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan,jika x mampu ubah ngn lidah…..”?tetapi kamu melihat orang melakukan kemungkaran lalu kamu biarkan sedangkan kamu berkuasa merubahnya dengan tangan-tangan kamu..

kadangkala,tak semua benda harus berlembut….

Hey!! Apa tengok-tengok??!!

December 24, 2008 by kyokusanagi

coretan ini adalah khas buat segelintir para ‘mujahidah’ dakwah.. entah mengapa aku merasa sedikit lucu bilamana tarbiyyah menjadikan antunna semua seolah-olah kami sedang berhadapan dengan warden penjara…..

benar! islam mengajar wanita supaya jangan tergedik-gedik di hadapan lelaki AKAN TETAPI islam juga mengajar kita supaya berakhlak.. di manakah akhlak kamu bila berurusan dengan ikhwah?kenapa harus menenking-nenking? apa?ingat lelaki ini tiada hati dan perasaan ke?

kami bukan meminta aurat kamu tetapi kami hanya mengimpikan akhlak yang solehah.. tiadalah guna ilmu dan tarbiyyah jika ia menjadikan kamu semakin kurang ajar..

berakhlaklah dengan baik dan jagalah batasan agama.. jangan terlalu cuai dan jangan juga terlalu melampau dalam beragama.. gunakanlah kata-kata yang sopan dengan bahasa yang penuh beradab..

sama-samalah muhasabah diri….

khutbah raya haji oleh Dr MAZA di MSD, London

December 14, 2008 by kyokusanagi

thanks to Aiman london for recording,hehe.. selamat menonton..

amanat terakhir SS Dr Maza di Malaysia

December 2, 2008 by kyokusanagi