Fikrahku Part 1

quran

Assalamualaikum…

akhirnya setelah lama ditangguh-tangguh, maka bermulalah sudah penulisanku ini,hehe.. lama dah sebenarnya nk share ttg fikrah(manhaj,jalan,cara fikir) aku.. i’m not the best to represent the outcomes of these fikrah-fikrah but i’m still learning and trying to improve myself.. dan apa yang aku tulis ini adalah merupakan apa yang aku faham.. bukan apa yang aku kopi pasta ya..hehe.. so maybe tak sama dengan apa yang korang faham/dengar so don’t be shock k..kl ada pape nak komen,komen ar..

Fikrah 1-SALAF

yup.. daripada awal lagi aku mula menyukai fikrah ini(suka tak bermakna ko kena jadi salafi totok).. mungkin ramai yang duk konpius dengan wahhabi lebih-lebih lagi yg duk bercakap ttg wahhabi tu ustaz atau moderator forum-forum di internet..x kisah la korang nak cakap apa tapi percayalah,pemahaman aku tak sama macam pemahaman korang dan aku sendiri pun x de kaitan ngn syeikh abdul wahab..dalam hal-hal ini aku lebih suka untuk refer kepada ulama-ulama spt yusof qardhawi,wahbah zuhaili instead of referring ustaz-ustaz atau moderator-moderator nih..kdg2 depa ni bias.

banyak benda yang aku belajar dari fikrah salaf.. antaranya:

  1. belajar untuk faham sesuatu dengan berdalil– ramai org konpius bila dgr benda ni..depa ingat kita terus pergi kepada dalil and kuarkan hukum sendiri..apa yang dimaksudkan, kamu belajar la dari tok syeikh2 mana sekalipun,tapi apa yang kamu belajar tu mestilah ada dalil dari quran dan sunnah..jangan main taqlid buta sahaja..even kalau kamu ikut mazhab syafie sekalipun,cubalah untuk lebih berdalil memahami kenapa  al-Imam As-Syafie mengeluarkan pendapat sedemikian..dari mana sumbernya dll..bukanlah untuk meragui kriteria al-imam,tetapi utk melatih diri kita supaya sentiasa tahu bahawa amal ibadah yang kita buat ni ada sandarannya dengan al-quran-dan as-sunnah..
  2. pemikiran terbuka,tidak jumud– kita diajar untuk menghormati pendapat dan pegangan orang lain selagi mana apa yang dia buat ada dalil dari quran dan sunnah..dan selagi mana dia berada di dalam ijtihad ulama..kami juga diajar ttg keluasan fiqh..mencari pendapat yang paling kuat antara para ilmuan/imam dan mengambil pendapat itu..itu apply untuk diri sendiri..jika org lain ingin mengambil pendapat yg lain terpulang asalkan ada sumbernya dari kitab dan sunnah..kita tidak di ajar untuk memaksa pendapat kita ke atas pendapat orang lain.. sekadar perkongsian ada la..
  3. tidak taksub-fikrah salaf menjadikan diri aku lebih neutral sebenarnya.. tidak taksub dengan mana-mana mazhab,ttp lebih menjadikan diri kita taksub dgn quran dan sunnah..kalau pendpat mazhab/syeikh lain lagi strong(berdasarkan pengamatan org-org yang berilmu juga),maka kita boleh berpegang kepada pendapat tu atas dasar ia lebih kuat dan dekat dgn cara kehidupan nabi dan salafussoleh..fikrah ini juga tidak menjadikan aku seorang yang taksub ‘jemaah’..fikrah salaf boleh berada pada semua orang regardless dia Tabligh ke,Ikhwan ke,Parti politik ke(dlm konteks mesia xkisah la UMNO ke PAS) dsb..selagi mana kamu ada sumbangan terhadap Islam,maka teruskan..jgn jadikan seolah2 ‘jemaah’ kita je sungai yang besar, ‘jemaah2’ lain ni sungai yang kecik je..fikrah ini juga mengajar kita supaya tidak memilih bulu..”jika kamu tidak bersama kami(parti kami),maka kamu adalah musuh kami”-pernah diucapkan oleh seorang pemimpin politik,ttp maaf..bagi ku” selagi mana kamu bersama di bawah Kitabullah dan Sunnah ar-Rasul,kamu bersama kami..jika sebaliknya maka kamu adalah objek da’wah kami”..
  4. apa-apa dari kitab dan sunnah adalah besar– kadang-kadang pelik jugak tgk sesetengah org.. bagi dia dakwah je sunnah yang besar,tp solatnya x nak ikut sunnah gak(maksudnya kl ditanya knp dia buat itu ini dalam solat,dia x leh bagi sebab dri quran dan sunnah ataupun ijtihad para imam)..dan pelik jugak bila tgk solatnya mmg dah solat cara nabi tapi bab dakwah lak dipandang enteng..benda-benda yang bid’ah(maaf sy menggunakan perkataan ini kerana nabi juga guna perkataan ini) sama ada kita jadi terlalu cuai dgn isu ini atau terlalu melampau..pasal isu-isu sunnnah/bid’ah ni saya lebih suka refer kepada zaman kehidupan nabi dan generasi sahabat..depa buat tak amalan macam kita nk buat ni?kl kita tahu depa x buat,buat apa kita nk buat..?xkan kita nak lebih terkedepan dari generasi salaf yang merupakan generasi terbaik tu?itu je..pastu kalau u cakap ada khilaf la,ada hadif dhaif la..fadhail amal la..terpulang..bagiku,itulah cara fikirku..biarlah Allah yang mengadili kita semua di padang Masyar nnt..
  5. kepentingan ilmu– kami di ajar bahawa semua ilmu adalah penting.. ilmu ttg fiqh pun penting..ilmu haraki pun penting..ilmu baca quran pun penting..kadang-kadang ada sesetengah org,ilmu yg haraki je penting,ilmu-ilmu lain tu tak penting(xyah belajar sgt pun..kita duk zaman jahiliyyah..bkan abbasiyah)..maka lahirlah orang yang kuat dakwahnya tapi lemah tajwidnya,lemah dari segi kesahihan ibadahnya,dll.. begitu juga kalau duk tumpu ilmu2 fiqh je..nnt jadilah dia org yang kuat berdegar-degar di internet duk berforum/blog tapi kat luar orang x kenal pun dia siapa..pastikan diri kita(termasuk aku) adalah well-balanced..

rasanya setakat ini dululah buat entry kali ini..insyaAllah ia akan menyusul pasni..ada satu lagi fikrah yang ingin aku bincangkan..hehe.. to be continued.

Advertisements

6 Responses to “Fikrahku Part 1”

  1. jojo Says:

    bukan ko taksub maza ke? hehe

  2. kyokusanagi Says:

    minat tak semestinya taksub,hehe.. kena define balik tuh..

  3. hartono86 Says:

    kalu taksub..x caro doh..busuk setaro mano pung wangi jugok..

    salafi jenis gapo ni yo? saudi?URD?al-Albani? hahha..salafi pung banyok kem dio..

  4. kyokusanagi Says:

    salafi moderate,haha..

  5. ayasofya Says:

    salam,jazakallahukhair for the sharing,keep up instilling dis within Muslims groups. i agree with the say;

    jgn jadikan seolah2 ‘jemaah’ kita je sungai yang besar, ‘jemaah2′ lain ni sungai yang kecik je

    why we are looking how much we did, it seem like ‘riya”, sedangkan sekecil/sbesar mana Allahlah yg menilai sejauh mana keikhlasan.Siapalah kita untuk dengan amal2 kita. Mksudnya, even kita adalah golongan daei,namun jgn sekalipun ada ‘riyak’, semuanya dengan rhmat &kurniaan Allah.inshaAllah selagimana org tu org mukmin yg beriman kpd Allah &Rasul (definisi mukmin tanpa mengira di tmpat mana dia)mereka adalah batu-bata dlm sebuah ‘bangunan’ Islam, .inshaAllah.maaf atas komen yg pnjg,sekali lg jazakallahukhair,keep up blogging,it’s a gud &effective way of sharing ideas.

  6. one Says:

    i am that one “moderator” you have stick hahahaha….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: