Racism Dalam Dakwah…

kenangan ketika memancing di Belfast,Ireland

kenangan ketika memancing di Belfast,Ireland

Pada suatu hari,nun di tengah laut di Belfast, sekumpulan pemuda sedang memancing ikan di atas sebuah bot…ketika sedang seronok memancing,datang sebuah bot lain menghampiri bot mereka..

Pemandu bot yang baru datang itu tiba-tiba memarahi pemuda yang sedang memancing ikan tadi.. “kamu tidak boleh memancing di sini! ini adalah kawasan kami sahaja..sila pegi memancing di tempat lain sekarang juga!” marah si pemandu bot tadi..

Pemuda-pemuda yang dimarahi tadi tiba-tiba tercengang..tiba–tiba bangun seorang pemuda lalu bertanya,”maafkan kami ya..kamu ada tanda ke ‘area’ kamu kat mana-mana?

si pemandu bot tadi menjawab,”Aah! takde2..ikan kat sini kami je yang boleh tangkap.. kamu pi tangkap kat tempat lain!”.. dalam kekecohan itu,seorang pemuda yang lain tiba-tiba ternampak perkataan “Samad & Co” tertera di bot si pemandu yang sedang marah-marah tadi..

Tiba-tiba dia pun tergelak kecil sambil bertanya,” Kamu ni bekerja tangkap ikan untuk Pak Samad ke???”..

“Aah..kenal pun kamu ngn bos aku..dah,ini kawasan bos aku..pi main jauh-jauh”balas si pemandu bot itu dengan angkuh..

Lalu pemuda tadi menjawab,” Lol.. kami pun kerja tangkap ikan utk Pak Samad jugak”, sambil menunjukkan perkataan “Samad & Co” di hadapan bot yang mereka naiki..

“ooowh……ye ke?? theethee…” balas si pemandu tadi sambil tersipu-sipu menahan malu lalu beredar dengan cepat dari situ…

moral-len kali tgk la kita kerja ngn sapa…kita menyumbang utk apa…kalau utk company yang sama,kenapa perlu bising-bising..?

Advertisements

18 Responses to “Racism Dalam Dakwah…”

  1. rajskezahrady Says:

    entry yg best keyo! mari renungkan wahai para daei’ sekalian.
    -ijoy czech-

  2. zaffankhalidnottingham Says:

    =) menarik analogi

    cumanya ikan tiada perasaan tetapi manusia itu punya perasaan maka belajarlah menulis manusia. Jangan manusia diperikankan. Aduhai.

    terima kasih atas peringatan yang baik ini

    jgn bising tp bekerja

  3. kyokusanagi Says:

    hehe.. betul2..kena belajar menulis manusia.. hassan al-banna pun pernah sebut ayat yang sama kalau x silap..

    🙂

  4. Faridul Says:

    Macam ambik dari kisah benar ke??

    entahlah.. sama2 pak samad & co pun nak bising2. ana pun fening….

  5. kyokusanagi Says:

    huhu… semuanya adalah reality..bukan fantasy atau cerpen semata-mata :p

  6. kyokusanagi Says:

    kadang-kadang manusia khususnya ‘pendakwah’ itu perlu menyoal diri masing-masing.. “adakah aku bekerja untuk organisasi aku,jemaah aku ataupun aku bekerja untuk tuhan aku??segala macam yang aku buat utk dakwah,adakah ia untuk memperkasakan organisasi/group/jemaah aku ataupun untuk memperkasakan islam?”

    bilamana manusia mula bekerja untuk organisasi,ketika itulah dia akan membenci atau memandang sinis kepada org lain yang berada di organisasi lain..bilamana manusia promote method dakwah organisasi dia,ketika itulah dia tends utk memperlecehkan usaha org lain..ayat-ayat seperti “kami sahajalah yang syumul,kami adalah golongan berhaluan kanan,yg lain berhaluan kiri,kami adalah ibarat sungai2 yang besar di mana group lain ibarat sungai2 yang kecik, dsbnya” bisa bermain di mulut-mulut mereka..

    p/s: artikel ini sebenarnya menyentuh dua isu sebenarnya.. maksud yang amat tersirat..isu dalam kapal itu sendiri dan isu kepelbagaian kapal2 yang lain..hehe

  7. Ibn MuSa Says:

    apa yg racism nya?

  8. mofaha Says:

    boleh tahan juga analogi ni…huhu

    berjemaah dlm melakukan amal Islami mmg suatu keperluan..tp biasalah, syaitan xkan duduk diam – maka dilaga-lagakan pula ahli2 yg berlainan jamaah..hingga ada yg mendakwa dia shj pekerja Pak Samad, yg lain bukan.

    sama2lah kita memelihara niat kita duduk dlm saf dakwah ini..musuh terbesar ialah rasa takabbur,hasad,riya’,nafsu dan syaitan sbg managernya.

  9. kyokusanagi Says:

    maksud tajuk tu sgt tersirat..ia berkaitan isu dlm kapal yg sama..

  10. msmwestmidlands Says:

    nice!

  11. kerikil perkasa Says:

    pelik gak…aku tengok yang kulit gelap dalam tu ijam dan azim je? sapa yang racist ni?

  12. mcbatistuta Says:

    Salam

    Analogi yang menarik tetapi tersasar
    Logik akal perlu dibatasi dan didindingi

    Walau ku tak setuju dengan Kyo dalam analogi ni
    Ku tetap sokong Kyo dalam usaha penulisannya

    Teruskan menulis dan teruskan berdakwah wahai Kyo

    Takbir!!

  13. kyokusanagi Says:

    haha..kerikil ni kaler apa lak?

    to mcbatistuta, insyaAllah kami adalah org yang menerima perbezaan pendapat..bukan semua orang boleh bersetuju dgn sesuatu perkara.. setiap kata-kata boleh diterima atau di tolak melainkan kalamullah dan kalam rasulNya s.a.w..

  14. syurga Says:

    Salam Ukhwahfillah

    Para dai harus menjadi orang tengah dlm reda keadaan or koordinate.

    49:10. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

    Mendamaikan bukan suatu kerja mudah tp kalau kita sabar dan explain cara tepat meka dpt terima.

    Ana yakin kita semu mempunyai perasaan cinta DAKWAH maka sabarlah membina jambatan dakwah kita. Kita ialah generasi yang perlu refresh perjuangan kita tanpa kenal henti agar bila new generasi akan dtg x pening macam kita. Afwan.

  15. kyokusanagi Says:

    lupa nk pesan..sapa2 yg nk komen positif atau negatif dipersilakan.. jangan takut2..aku x makan orang,huahuahua.. just be berani je la..
    jgn jadi ejen 007 dah la..

    artikel ini hanyalah pandangan penulis.. barangkali ia betul..barangkali ia salah..andai kata ia adalah betul,maka sebar-sebarkanlah..andaikata ia salah,maka perbetullah dengan cara paling berhikmah.. 🙂

    tiada manusia yg maksum melainkan nabi s.a.w.

  16. one Says:

    haha. rite, ntah kadang2 kita perlu keluar “dari kepompong pemikiran” , pergeseran menyebab kekalutan, inilah fitnah akhir zaman,

  17. anamuslim Says:

    kyo,
    ana ade artikel brkaitan kt blog ana. tgk2 la k.

    http://masfahri.blogspot.com/

  18. asmaa Says:

    menarik entry ni..teguran yg berhikmah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: