exclusive???

Trent Building, University of Nottingham

Trent Building, University of Nottingham

suatu hari, Mamat berjalan dengan penuh bengang ke Trent building untuk berjumpa dengan Vice Chancellor University of Nottingham.. dlm perjalanan dia ke sana, dia terserempak ngn Abu yang baru balik dari solat zohor di Portland.. Abu kehairanan melihat Mamat yang sedang marah-marah..

“Assalamualaikum Mat.. awat ngn hang ni? kena sampuk jin ka?” tanya sang Abu dengan raut wajah berkerut..

“aku nak gi jumpa Vice Chancellor.. aku bengang sungguh dengan university ni..” balas Mat dengan muka yang masam..

“awat hang bengang ngn university Nottingham tercinta ni?cuba la hang cite skit” balas Abu sambil memujuk..

“aku bengang laaa..! setelah sebulan aku mendaftar kat university ni, baru aku tahu bahawa jurusan perubatan yang aku amik ni adalah 5 tahun punya kos.. university ni memang exclusive la.. awat depa tak pilih aku masuk tahun ke-5 terus??jimat skit duit aku!” bentak Mamat dengan nada tak puas hati..

Lalu Abu ketawa terbahak-bahak… Mamat yang tadinya bengang merasa pelik lak dengan sikap Abu..

“awat hang ketawa lak ni??aku tgh bengang ar wei!” tanya Mamat dengan nada marah..

camna la hang nak masuk direct ke tahun ke-5 sedangkan tahun pertama pun hang tak lepas lagi..camna la hang nak faham apa yang diajar di tahun ke-5 tuh?” jawab Abu tersenyum sambil menepuk2 bahu Mamat yang masih bluurrr..

p/s: jgn cakap org lain exclusive kalau kita sendiri pun exclusive.. kami ni bukan budak tadika yang boleh diperkotak-katikkan.. kalau setakat nak selak kain orang,kami pun boleh buat.. tapi alhamdulillah kami bukanlah ahli-ahli politik sebuah negara yang suka selak-menyelak kain lawan masing-masing..

Advertisements

12 Responses to “exclusive???”

  1. aemintz Says:

    marilah kita sama-sama menghormati gerak kerja antara satu sama lain. iA

  2. Vice Chancellor Nottingham Says:

    Dengan ini saya mengisytiharkan Mat, pelajar tahun kedua perubatan, dibuang universiti kerana tidak lagi memenuhi definisi ‘faham’ kami.

    Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

  3. tono Says:

    salam.

    memetik tulisan cha “kerja Islam ini terlalu banyak dan tidak terduga”

    terlalu byk sampai kita kene senyap..dan terus fokus dalam amal..

    x sempat nak marah2/tak puas hati kt orang lain..atau persoal amal orang lain..

  4. kyokusanagi Says:

    apasal nak buang lak..suh laa dia mengaji betul-betul..biar lepas exam first year tuh..pastu ikut step by step..bukan nak melompat lebih jauh macam sheila on 7,hehe..

    jgn emosional sangat cik vice,hehe..

  5. Vice Chancellor Nottingham Trent Says:

    iyelah cik vice, apasal buang lak? saya setuju dengan kyokusanagi. apa definisi faham uni awak? mungkin mat ni lebih faham medical knowledge daripada awak, wahai cik vice.

    kalau awak buang, macam mana nak jadi doktor, ye dak?

  6. asmaa Says:

    hurm..wahai encik mat..adekah anda memang betul2 nk try belajar di uni of nottingham?

  7. akira Says:

    btol3..kene fokus pada amal kita..and cik mat and sape2 je la kene betolkan niat sebelum nk masuk uni mane2 pon..hehe..

  8. Mat Says:

    Menjawab soalan kaka asmaa, saya memang bersungguh-sungguh. sebab tu saya masuk uni ni dulu sejak tahun pertama dan rajin ke kelas. cuma ada satu kelas sel darah merah saya tak pergi, lepas tu saya dibuang.

    Sekarang, saya risau kawan2 saya di kelas anatomy kena buang juga. 😦

    Kak asmaa boleh tolong nasihatkan cik vice? boleh minta bantuan student union dan international office. seperti abang kyokusanagi kata, saya rasa cik vice emosional sangat.

    Terima kasih ye kak asmaa dan abang kyokusanagi 🙂

    Kepada Vice Trent, saya tak bersetuju. ilmu saya tak banyak dan banyak ilmu klinikal kena belajar lagi

  9. kyokusanagi Says:

    betul ke satu kelas je tak pergi?? ataupun kamu tersalah masuk kelas engineering kot…pastu kamu rasa mcm kamu pergi utk semua kelas medic..walhal tertukar dgn kelas engine.. siap pergi sign borang dengan school of engineering dah..

    aah,dah la.. saya tak minat org talam muka sepuloh lagi disini.. sbrg komen tidak akan dilayan dah..wslm

  10. peninglalat Says:

    macam x kena je perumpamaan nih..
    apa kaitan uni tuh exclusive dgn x bg student masuk 5th year trus?
    bukan ke semua org pun x diberi peluang sebegitu? tuh bukan exclusive namanya, itu adil.

    exclusive nih mungkin lebih tepat jika diumpamakan seperti certain2 program yang hanya org2 tertentu mendapat jemputan. itu lebih tepat pada pandangan saya.

    adakah dakwah itu exclusive?

    islam untuk semua umat manusia. kalau orang bukan islam sendiri mempunyai hak untuk mengetahui lebih lanjut tentang islam, apatah lagi sesama islam sendiri.

    teguran itu kalau kena caranya tak sama dengan menyelak kain org. malah instead of untuk mencari aib, teguran juga boleh digunakan untuk menutup aib. jika kena caranya.

    selagi mana kita berimamkan imam yang sama, berkiblatkan kiblat yang sama, sujud pada Allah yang Esa, selagi itu perjuangan kita selari paksinya.

    perkara lain mungkin x salah untuk di”exclusive”kan. tapi dakwah exclusive? jauh sekali.

  11. kyokusanagi Says:

    anggaplah dakwah ni ada marhalah/tingkatan dia.. Ya,dakwah bukan exclusive..tapi bagi kami,dakwah ni ada flow dia.. mcm kita belajar di university laa..tahun pertama subjek mudah skit..masuk tahun dua jadi susah skit..tahun tiga lagi susah..dan seterusnya..tak kan la kita terus nk belajar subjek yang payah sedangkan subjek2 asas pun tak kuasai lagi..

    “selagi mana kita berimamkan imam yang sama, berkiblatkan kiblat yang sama, sujud pada Allah yang Esa, selagi itu perjuangan kita selari paksinya.”–> belum tentu… nabi sendiri cakap,jika kamu xnak sesat kamu berpegang kepada kitabullah dan sunnah baginda.. setakat claim ayat macam ni,org2 tareqat sesat pun boleh claim,org2 syiah kat mesia pun boleh claim..eventhough kita duk dalam satu jemaah, kumpulan,atau parti yg sama sekalipun,belum tentu kat akhirat kita selamat..sebab Allah bukannya tgk “oo..dia ni ahli XXX..boleh masuk syurga..dia ni ahli YYY..masuk neraka”.. Allah tgk amalan kita..kl berat amalan yg baik,masuk lah syurga..kl x,faham2 ajo la..

    “teguran itu kalau kena caranya tak sama dengan menyelak kain org. malah instead of untuk mencari aib, teguran juga boleh digunakan untuk menutup aib. jika kena caranya.”–>sudah beberapa kali si t*n* ajak diskus secara berdepan,tetapi in d end,secara public jgk yg mereka nk tegur..kalau kami nk tegur secara public,boleh je nk buat..tp bukan itu caranya..bahkan penulis pernah ditegur kerana mengepost artikel di dalam yahoogroup yang tak menyenangkan orang sebelah ‘sana’ krn artikel itu berkaitan dengan jemaah/kumpulannya..lalu penulis menarik balik dgn hormat..banyak je lagi benda yang ‘buruk’ jika hendak didedahkan tapi itu bukanlah caranya.. nk jual barang kita,promote la barang kita..tak yah la duk kondem barang org lain..biarlah pembeli menentukan..

  12. wardatulhumaira Says:

    sebagai orang yang ‘faham’..marilah kte same2 selesaikan dgn cara yg baik..bersemuka seperti yang dicadangkan t*n* seperti reply kyo di atas rasenye lebih elok drpd mengepost kpd saluran umum yg kte semua tahu, tak semua orang2 di dalamnya ‘faham’…sifat ingin tahu itu bagus tapi lebih molek kalau bertanya kena dgn gayanya…im against those who stab people from the back..that kind of attitude isnt professional at all..and please stop pointing or even digging other ppl mistakes or weaknesses..marilah kte same2 menjaga hubungan sesama manusia…..by the way, it’s not my intention to hurt anyone with my reply but if there is any, I apologize~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: