Adakah hatimu sebesar cawan atau sebesar kolam?..

cawan...

cawan...

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .

” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.

” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. ”

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.

” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

p/s: diadaptasi dari syeikh faiz a.k.a. abg purple..

Advertisements

5 Responses to “Adakah hatimu sebesar cawan atau sebesar kolam?..”

  1. akira Says:

    terima kasih atas perkongsian..

  2. kyokusanagi Says:

    sama-sama.. nak ‘kasih’,hehe..

  3. yna Says:

    hehehehe…..but sayang seribu kali sayang….kalau la niat kite bjuang kepada Allah biar la karam beribu kali….akan tetap berenang hingga kapal itu akhirnye bjaya berlayar….

    klu nk ikotkn sejarah islam….nabi x pernah berputus asa wlaupon jalan yg dlalui gelap….knape tidak kite contohi???hanya kerana result yg dharapkn x berhasil….renunglah 🙂

  4. kyokusanagi Says:

    firstly,i am quite delightful to see a bank negara’s sponsored student to visit my ‘pondok usang’ 🙂

    hihi..laut ini banyak minyak wahai saudari.. jika ingin berenang,nescaya ia akan habis melekat di badan.. barangkali jika saudari mampu membuang ‘minyak’ ini atau mengawalnya dgn baik,maka kita bisa utk berenang kembali..

    boleh tak bawakan contoh apa yg berlaku baru2 ni ada petunjuk/contoh dari zaman nabi ataupun para salaf?saya juga ingin mengetahuinya.. jika ada dalil lebih baik..

    mungkin dalil yg paling hampir ialah kita ingin mencegah kemungkaran..brgkali kita boleh muhasabah.. sejauh manakah kemungkaran yang telah berjaya dicegah and then berbaloi tak dengan dosa yang kita dapat daripada keadaan majlis itu?

    saya tak tahulah..maybe pompuan ok la tgk pompuan lain yg pakai pakaian menjolok mata..tapi bagi kami lelaki2 ni benda ni bahaya..insyaAllah kalau saudari boleh menukar rentak Mnite in d future, ie memastikan hadirin memakai pakaian yg sopan, sediakan tempat khas bagi lelaki dan wanita bagi mereka yg ingin menjaga their modesty and honour..brangkali boleh dipertimbangkan..

  5. akira Says:

    ‘saya tak tahulah..maybe pompuan ok la tgk pompuan lain yg pakai pakaian menjolok mata’

    org pompuan kesian sebenarnya tgk kaum sejenis yg memakai pakaian yg menjolok mata ni..mana taknye diorang senang2 je nk bg laki tgk..takleh!!..kene letak diri kita sesuai dgn harga diri yg Allah letak atas penciptaan seorang wanita tu..

    xgitu wahai wanita sekalian:)..
    org yg celik mata hati adalah org yg merasa dirinya kerdil di dalam alam semesta yg luas ini dan sentiasa menyedari siapa dirinya..

    mari sesama muhasabah diri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: