salam perantauan…

salamun ‘alaikum..inilah kata-kata yang selalu diulang-ulang oleh ahli syurga..moga kita pun sentiasa mengucapkannya kepada saudara-saudara kita..

sudah agak lama tidak menjengah blog ini..banyak benda yang telah berlaku.. kisah di nottingham..kisah di czech..kisah di UK.. mereka semua menyumbang kepada ‘ketidakaktifan’ blog ini..

byk benda yang sudah berubah.. dan yang masih berubah..kita menerima pimpinan kerajaan yang baru.. kita menunggu keputusan PEMILU.. dan sebagainya..diharapkan setiap gelombang perubahan memberi impak positif kepada kita insyaAllah..

aku juga tidak terkecuali dari gelombang ini..barangkali ia tidaklah memberi impak besar kepada masyarakat disekelilingku ttp ia memberi kesan kepadaku.. beberapa kejadian-kejadian lepas telah mengubah pola pemikiranku..masih banyak yang perlu diperbaiki..masih banyak yang perlu dibaca.. dan yang penting,masih byk yang perlu dilaksanakan..

imam hassan al-banna tidak terkenal dengan banyaknya buku yang beliau karang..tetapi dia terkenal dgn ramainya manusia yang dicetak..nk mencetak manusia bukanlah perkara yang mudah.. bukan sekadar duduk di depan komputer dan mengajar manusia lain mcm mana nak buat kerja sedangkan jika ditanya tuan empunya,tiada sesiapa yang mendapat hidayah disebabkan dirinya(wasilah)…atau sekadar muncul ketika pilihan raya atau annual meeting ttp selepas itu hilang bersama manifesto-manifestonya..atau sekadar berusrah tetapi tidak kenal atau dikenali masyarakat disekelilingnya..atau sekadar sibuk berforum di internet tetapi bila diajak ke program islah dijadikan sibuk sebagai alasan..

di kesempatan cuti ini,aku berpeluang bertemu dengan beberapa org tokoh.. ada yg tak sengaja,ada juga yg sengaja..salah seorang daripada mereka ialah Prof Dr Abdul Latiff.. maybe ramai org yg sudah familiar dgn beliau.. seorang yang tidak asing dalam MSM dan mempunyai hubungan sejarah yang bermakna satu ketika beliau di UK dahulu..tugas sebagai khalifah,kepentingan education,positive thinking..  dan yang paling penting,adakah kita ini manusia yang memberi ataupun manusia yang menerima..percayalah,kamu akan melihat dunia ini dari dimensi yang berbeza setelah kamu berada di kalangan manusia yang memberi..selepas itu barulah kamu faham kenapa ada sekumpulan manusia ini berhempas pulas menghabiskan masa utk buat kerja-kerja dakwah..tanpa perlu di bayar..tanpa perlu dibalas..

rasanya byk lagi point dari beliau tapi itu je aku nk highlight buat masa ni..point2 lain pun penting juga tapi utk sesetengah manusia sahaja..Fluid mechanic 3 hanya boleh dipelajari setelah kamu faham fluid mechanics 1 and 2..harapnya takde org yg nak timbulkan isu ‘esklusif’ lagi kat sini..kl nk jugak sila main jauh2..

janganlah kita jadi manusia yang baik sorang-sorang…pastu bila manusia lain x buat baik,kita kutuk kat belakang..sedangkan kita tak usaha pun utk mengubah dia..ini adalah peringatan penulis sendiri..harap2 dia ingat selalu..tepuk diri,tanya iman..”aku buat ini kerana apa?dendam?marah?ego?”..dan satu lagi,jadilah manusia yang berlapang dada.. janganlah asyik duk mengkritik gerak kerja orang lain yang tak sependapat dengan kita..selagi mereka buat benda yng selari dgn quran dan sunnah,tak yah la duk bising-bising kat internet..kalau tak puas hati,hantar la email personal..bincang baik-baik..sungguh,masih banyak ‘habuk’ yang perlu disapu..jangan disebabkan kita,islam difitnah oleh manusia..kempenlah produk kamu,jangan duk memburukkan produk orang lain..

next upcoming year adalah sesuatu yang bukan mudah..banyak tanggung jawab yang diletakkan di atas bahu yang lembut ini..hanya orang yg benar-benar faham sahaja akan faham..so aku harap org yg x faham tu jgn la duk sangka buruk ataupun duk mencebikkan muka kt dpn aku..sungguh,aku sgt menyampah sebenarnya..aku akan cuba buat yang terbaik walaupun aku rasa aku tak dapat nk kasik yg terbaik..

entry ini adalah untuk aku..jika nk amik ibrah,silakan..sekadar luahan hati di malam hari yang gelap..

p/s: aku berdoa agar isteriku diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupannya yang baru…sungguh,aku amat menyayangi dia kerna mukmin yang paling baik ialah mukmin yg paling baik terhadap isterinya..

dikau adalah Naruto version muslimah..jadilah Naruto..banyak pengajaran yang boleh di ambil dikala ramai manusia yang sinis..

kpd akh faridul,sungguh kecewa dan sedih kerana tidak dapat berjumpa.. harap kita diberikan peluang untuk ketemu di Malaysia nnt..


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: