Sebiru hari ini…

20/10/09…

sudah hampir 3 bulan tidak menjengah ke blog ini…kenapa?hanya diri sahaja yang tahu,hehe..banyak faktor sebenarnya.. faktor pengaruh luar..pengaruh dalaman..semua ada..

faktor luar:

ada yang mengatakan blog ini terlalu ‘garang’.. ada yang mengatakan ‘ko jadi la macam pokok.. orang baling batu,ko bagi buah’..tapi mmg benar..aku mmg sedikit ‘keras’ jika dibandingkan dgn org lain..tapi kekerasan itu disimpulkan dalam rantaian kata-kata yang halus, tapi pedas..tidaklah aku memaki hamun orang lain..kerana ia adalah sesuatu yang melanggar prinsip.. hatta dalam menegur sekalipun,jangan tegur directly dengan menyebut nama si polan bin si polan..kerana itu mungkin akan mengaibkan dia satu hari nanti..teguran berhikmah itu adalah cara teguran yang kalau ditegur diharapkan ia dapat mengubah org yang ditegur..tak semestinya semuanya kena berlembut..dan begitulah sebaliknya..

faktor dalaman:

hurm..maybe aku mengambil masa yang lama untuk bermuhasabah..kadang2 diri ini lebih dikuasai dgn perasaan sibuk dan malas..tambahan pula dengan keadaan internet dekat mesia..nak cakap takde idea banyak je..tapi itulah..lama sangat duk bermuhasabah sampai semangat untuk menulis itu hilang..

Sehinggalah saat ini… taktala aku terbaca sebuah artikel dari laman web sahabatku(tahap tok syeikh dah ni :p) iaitu engineer Faridul Farhan..tentang kisah dia dalam bidang penulisan khususnya..sedar tak sedar,hati ini terketuk kembali..semangat yang telah lama pudar mula bersinar..benarlah,kadang2 kita tak tahu dari mana hidayah datang..ia boleh jadi dari beberapa patah perkataan yang pendek..boleh datang dari beberapa adab yang sopan..dan sebagainya.. samalah dengan al-Quran.. kitab yang menjadi cahaya kepada orang2 muttaqin.. setiap kali membacanya,pasti ada pengajaran baru yang boleh diambil..hatta berpuluh2 kali membacanya sekalipun..subhanallah..

“Tiada yang lebih bermakna, buat mereka yang berlegar di alam maya untuk tujuan dakwah, berbanding seruannya itu diterima atau dimanfaatkan oleh para pembaca. Ini mungkin berbeza dengan mereka yang menulis sekadar kerana hobi, atau untuk mengisi masa terluang: kepuasan mereka terkadang bersifat “syok sendiri.” Mereka boleh berhenti bila tiada ilham. Atau tidak istiqamah lantaran dilanda kesibukan. tetapi tidak bagi para daie Islam. Setiap kritikan, kutukan, hinaan, justeru menjadi bahan muhasabah buat mereka memperbaiki tulisan mereka, guna menjadikan para pembaca menerima fikrah yang mereka tawarkan, atau setidak-tidaknya mengambil manfaat terhadap perbincangan yang mereka kemukakan”

ayat ini somehow remind me about my old self..and my new self i guess..bagaimana kita sebenarnya adalah perantara antara manusia dan hidayah Allah..saksi kepada umat keseluruhan yang mana nabi menjadi saksi kepada kita(2:143),(22:78)..paling lekeh pun harap-harap ada pembaca yang dapat mengambil manfaat dari tulisan-tulisan ini..

dulu ku ingatkan blog ini sudah sepi tanpa pengunjung..setelah 3 bulan ditinggalkan..tapi kisah pagi tadi juga turut memberi suntikan extra untuk aku bermula kembali..

lama blog tak update…“tegur seorang akh..

waa,setelah kesekian lama,rupa-rupanya masih ada yang sudi menjengah…huhu..terima kasih byk2.. : ) doakan aku moga diberi istiqamah..

Advertisements

5 Responses to “Sebiru hari ini…”

  1. Faridul Says:

    Askm. Alhamdulillah sudah update. Tahniah. Cuma part yang kata “tahap tok syeikh dah ni” sangat tidak tepat, apatah lagi yang bercakap tu dah sampai tahap member UZAR, MAZA dsb. Malu pulak orang “kerdil” yang dikatakan sudah tahap “tok syeikh” tu…

    Bila orang berkomentar, sama ada memuji mahupun menguji, setidak-tidaknya menunjukkan ada orang memberikan perhatian pada blog kita. Maka teruskanlah menulis. teruskanlah berkarya. Teruskanlah berdakwah ya akhi yang dikasihi…

  2. kyokusanagi Says:

    hoho..ana ni member ‘jauh2’ je ngn tokoh2 tu..setakat member kedai kopi boleh la,hehe..nk jd member seperjuangan tu rasanya jauh lg terkebelakang..

    tp xpe..kerdilnya kita disisi manusia belum tentu kerdilnya kita disisi Tuhan..kadang-kadang kita merasa ‘hampa’ atau ‘sedih’ bilamana manusia2 ‘agung’ ini kurang memberikan perhatian kpd kita..ttp tidak bagi Dia..Dia sentiasa ada,mendengar rintihan hamba-hambanya yang ‘kerdil’..walaupun keagunganNya meliputi segala keagungan,namun tidak pernah sesekali Dia memandang hina kpd hamba-hambaNya..Subhanallahi wa bihamdih..subhanallahil’azim..

  3. saif shah Says:

    salam’alayk…
    akhirnya!! alhamdulillah… smg terus menulis ya akhi…
    rindu nak bersua… bile pegi czech, singgah2 laa poland yer =)

    -rindu manusia pada manusia yang mengingatkannya kepada Sang Pencipta-

  4. tono Says:

    giler ah..

    member2 dgn UZAR n MAZA..

  5. faridul Says:

    eleh Tono, bukan anta ada sekali ke masa UZAR sambut MAZA? Ana tengok dalam youtube, anta siap dok depan lagi masa MAZA mengisi program MSM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: