Coursework…

courseworkstudy

ketika aku menulis entry ini,aku baru selesai menyiapkan tugasan koswork intergrated system analysis yang susah nak hidup tuh,huhu..dah hantar dah pun semalam.. dan lusa lak ada satu lagi koswork yang nak kena hantar.. tapi masih belum start apa2 lagi.. susah nk panaskan enjin balik bila dah mati,hehe..

minggu2 sebelum ini adalah minggu2 yang menakutkan.. keluar seawal 8 pagi dan balik selewat 10 malam..begitulah day by day..kadang2 sampai kul 2-3 pagi berada di lab computer..coursework..presentation..final year ni memang mencabar..tak sabar rasanya nak graduate…with flying colours of course..

Di saat ini,aku masih buntu tak tahu nk buat apa..semuanya macam blank sahaja..tidak tahu di mana hendak bermula..semangat pun tak de..pikir2,baik aku menulis something..

coursework….ramai org(termasuk aku) sanggup menghabiskan masa utk coursework dia..ada yang sampai tidur di lab computer,ada yang berkampung di kampus, ada yang mencari example dari student past year,dan macam-macam lagi..dari satu segi baguslah..kita buat yang terbaik utk kejayaan akademik kita..

cuma kadang-kadang kita terleka..seolah2 coursework itulah perkara yang terbesar dalam hidup kita..seolah2 akademik kita la perkara yang terbesar dalam hidup kita..lupakah kita bahawa kita juga ada tanggungjawab terhadap agama?lupakah kita bahawa kita juga ada tanggungjawab kepada penduduk Palestin?lupakah kita bahawa kita juga ada tanggungjawab kepada Tuhan?

dalam kita tergesa-gesa memberikan alasan “aku sibuk dengan coursework/presentation/course aku”,marilah kita sama2 check balik.. adakah kita ni sama seperti orang yang dimaksudkan dalam ayat ini:

“Dan tidak ada(pula dosa) ke atas orang-orang yang datang kepadamu(Muhammad),agar engkau memberikan kenderaan kepada mereka,lalu engkau berkata” Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu,”lalu mereka kembali,sedang mata mereka bercucuran air mata kerana sedih,disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka infaqkan”(At-Taubah:92)

di saat kita mengeluarkan perkataan “No,xnak,xmboh,tok sey” kepada orang yang mengajak kita pergi meningkatkan iman,adakah hati kita sedih?atau sebenarnya kita gembira kerana berjaya utk meloloskan diri?adakah kita sememangnya beralasan atau sekadar mencari-cari alasan?

“Sesungguhnya yang meminta izin(untuk tidak pergi berperang) kepadamu(Muhammad), hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian,dan hati mereka ragu,kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan”(At-Taubah:45)

marilah kita sama-sama bermuhasabah…wallahu’alam..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: