Berita secara langsung dari Malaysia….

Salam..disini disertakan email seorang akh dari Malaysia melaporkan secara langsung dari tempat kejadian..

Assalamualaikum wrwb..

Allahu Akbar.!

Iri hati melihatkan pemergian akh Ariff dalam keadaan sungguh mulia, baru sahaja menunaikan antara ibadah yang sangat dituntut dan juga menjadi kesukaan Nabi s.a.w. bagi umatnya, serta pada hari yang terbaik, penghulu segala hari dalam seminggu.

Ana baru sahaja pulang dari perlis (ke penang). Insyaallah ana akan cerita serba sedikit apa yang diketahui berdasarkan pengalaman sendiri tadi dan juga cerita yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Mungkin ada variasi versi dan sebagainya; jika ada kesalahan fakta dan seumpamanya ana pohon kemaafan daripada antum dan maghfirah daripada Allah s.w.t.

Buat makluman, ana skrg bertugas di jabatan pelajaran perlis. Akhi Ariff merupakan rakan seusrah ana di Perlis. Beliau baru sahaja mendapat tawaran jadi lecturer/tutor di uitm perlis, akan melapor diri 16dec ini. Beliau sangat bersemangat untuk merancakkan gerak kerja di perlis khususnya kump.sasaran university students. Kami baru 3minggu start usrah together, tetapi usrah yang terakhir (Rabu 9dec) tidak dapat dihadirinya kerana ramai sanak saudara sudah berkunjung ke rumahnya (nak kenduri). Jadi semalam (khamis) beliau menjelaskan sebab tersebut dan juga memaklumkan akan berijab qabul pada hari ini. Kami semua mendoakan untuk kedua2 mempelai.

Tghari tadi selepas jumaat, agak kecoh office ana, staf2 sedang memperkatakan tentang satu kemalangan. Ana terus suspect something apabila mendengar mangsa merupakan bekas pembantu makmal di sebuah sekolah di perlis dan akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya esok lusa.

Sejurus kemudian, ada ikhwah call ana (Tono ker? atau zahir x ingat) bertanyakan tentang apa-apa berita dari perlis, kerana akhi Ariff ada sms/call beliau mengatakan dia dilanggar bas. Allahuakbar. Ana terus bergegas ke Hospital Kangar, bahagian kecemasan. Di situ sudah ramai sanak saudara berkumpul, dan ada 2 buah trak polis, masing-masing dengan 2 mayat di dalamnya. Setelah ditanya-tanya orang di sekitar, memang sahlah itu Ariff dan keluarganya. Dan ana mula call ikhwah2 di Msia dan UK memaklumkan berita tergempar tersebut.

Dipastikan bahawa keempat2 mangsa ialah akhi Ariff, bapanya, ibunya, dan seorang kawannya. Mereka berada dalam sebuah kereta ketika kemalangan terbabit. Semua pemandu dan penumpang terbunuh.Tidak lama kemudian, trak bergerak ke rumah mayat. Ana tunggu dan tunggu sehinggalah jam 6 petang lebih, baru dapat menyelinap masuk ke bilik mayat. Ketika itu akhi Ariff dan kawannya itu telah siap dibedah siasat, dimandi, dan dikafan (belum tutup muka). Ana berdoa dan mencium jenazahnya buat kali terakhir. Walaupun kelihatan calar-balar, terpancar ketenangan pada wajahnya. Allahu Akbar. Moga Allah merahmati ruhnya. Untuk urusan ibu dan bapanya, difahamkan agak lambat kerana keadaan mangsa yang teruk, pecah kepala dsb. Jadi ana keluar dari bilik mayat dan meninggalkan hospital menuju beseri.

Dalam perjalanan dari kangar ke beseri, memang melalui tempat kemalangan. Keretanya tersadai tepi jalan, bas sudah tiada (dialihkan). Sangat teruk keadaan kereta,.

Di beseri ana solat maghrib di masjid kg.darat, kemudian solat isya’ di surau taman melati indah. Kira-kira jam 9 malam, jenazah2 mula tiba di surau berkenaan. Ramai jiran,kenalan, keluarga, dan ikhwah akhwat turut berada di sana untuk bersembahyang. Jam 9.17pm, kami solat jenazah di surau di taman perumahan tempat akh Ariff tinggal itu.

Kemudian keluarga Ariff (3 beranak) dibawa ke tanah perkuburan Kg.darat, beseri. , manakala jenazah seorang kawannya lagi itu tak pasti dibawa dan dikebumikan di mana.

Ana kemudian turut ke tanah perkuburan, mereka sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad. Biarpun bulan tidak penuh, langit tetap cerah dihiasi bintang-bintang. Jam 10.05pm, liang itu mula dikambus dengan tanah lalu bermulalah alam yang baru untuk mereka semua.

Daripada media,berita, antum mungkin sudah dapat tahu tentang kronologi kejadian..ana cuma ceritakan sedikit lagi. Majlis akad nikah akhi Ariff telah berlangsung di masjid anak bukit (berhampiran istana sultan kedah) lebih kurang jam 9pagi. Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan ukht Teh Nur Afifah, akhwat New Zealand. Ukhti Teh sedang bercuti summer dan masih dalam pengajian. Dalam perjalanan pulang ke rumah (tidak diikut sekali oleh zaujahnya), akhi Ariff naik kereta dengan abangnya, Dr.hafiz, doktor yg bertugas di hospital Kangar. Tetapi apabila tiba di kangar, akhi Ariff telah bertukar kereta menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, kerana Dr.hafiz hendak terus ke tempat kerja (hospital), manakala ibubapanya akan terus ke rumah (beseri). Mereka cuba bergegas untuk mengejar solat jumaat di beseri. Walau bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengahari, kurang lagi 5km nak sampai rumah, dikatakan salah satu tayar meletup lalu kereta tidak dapat dikawal lalu masuk arah bertentangan. Kereta bertembung dengan bas, terperosok di bawahnya.. Difahamkan ketika pasukan penyelamat tiba, mereka terpaksa menarik bas ke belakang dahulu sebelum boleh keluarkan mangsa di dalam kereta. Semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

gambar-gambar sekitar tempat kejadian

Innalillah wainna ilaihi rojiuun.

Al-fatihah.
rais
bertam, penang.

3 Responses to “Berita secara langsung dari Malaysia….”

  1. gembo dublin Says:

    salam akh kem komandan! ariff tu jiran ana jer akhi. rumah ana depan rumah dia.

  2. mujahidinreformasi Says:

    Salam, ana linkkan gambar kemalangan arwah Ariff ini untuk tatapan pengunjung blog ana. Mohon kebenaran akh rais..

    Wassalam

  3. fiezarmy Says:

    semoga allahyarham digolongkan dlm golongan yg beriman.

    org perlis turut berasa sedih atas tragedi yg menimpanya.

Leave a reply to mujahidinreformasi Cancel reply