In memory of Mohd Ariff Abdul Kadir (22/03/1986- 11/12/2009)…

arwah ketika sedang mendengar kuliah ustaz Fadhil..

arwah(2 dari kiri) ketika bersama Dr Asri Zainal Abidin

sumber berita…

berita harian

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un….”Dari Allah kita datang,dan kepadaNya kita kembali

ketika saat ini, bagaikan satu dunia heboh dengan pemergian al-akh Mohd Ariff@arep bersama dengan ibu bapa serta rakannya ke rahmatullah…perginya seorang teman yang boleh dikatakan amat rapat denganku…kisahnya bermula pada pagi ini..ketika masih mamai dalam kemengantukan, pintu bilik aku diketuk oleh faiz..

“Yo!..Yo! mu baco doh mesej abang amir??”laung faiz dari luar bilikku..

Dalam kepenatan,aku mengambil handsetku lalu melihat kepada 1 sms dari abg amir…

“akh arif kadir ex-notts meninggal dunia hari ni kemalangan dengan bas.arwah baru je akad nikah pagi ni…”

Lantas aku bingkas bangun…kerna seingat aku baru je aku melihat status seorang sahabat mengucapkan tahniah kepada ariff atas pernikahannya selepas solat subuh..hilang semua kepenatan dalam diri,aku cuba mencari-cari maklumat.. dan benarlah seperti apa yang dikata…

Sebak dada ini bila mendapat tahu bahawa bekas housemateku sudah pergi lebih awal daripadaku…baru 4 jam majlis akad nikah selesai, Allah telah memilih arwah dan keluarganya untuk bertemuNya lebih awal.. sepatutnya hari ni akan menjadi hari yang gembira buatku kerana telah bermulanya winter holiday..tapi kesedihan telahpun menyelubungi kegembiraan.. entah berapa kali air mata ini menitis mengingatkan saat-saat bersama arwah…ukhuwwah yang terbentuk di dalam tarbiah sudah cukup untuk membuatkan aku terasa seolah-olah seperti kehilangan seorang anggota keluarga…

ketika aku mula menjejakkan kaki di bumi Nottingham,arwah merupakan salah seorang yang banyak membantu aku dalam pelajaran kerana kami mengambil course yang sama iaitu mechanical engineering.. sebenarnya kami sudahpun kenal di kolej persediaan tetapi ketika itu,hubungan ukhuwwah itu tidaklah serapat itu..sekadar member2 selisih tepi dewan makan je…tetapi bila sampai di UK,aku melihat Ariff yang baru.. Ariff yang lebih mesra,lebih peramah,suka menolong orang..jauh berbeza ketika di Kolej MARA Seremban satu ketika dahulu..barangkali inilah hasil didikan tarbiah ikhwan yang dilalui oleh insan-insan seperti beliau..

seorang yang baik..sentiasa memperbaiki diri untuk memahami islam..dan bekerja untuk islam..setiap kali ada program,beliau adalah salah seorang tukang masak yang sentiasa happy untuk memasak..tidak kedekut..dan tidak mudah mengenal erti berputus asa..murah dengan senyuman..my ex-housemate… even bantal yang aku pakai untuk tidur sekarang pun masih tertulis nama -Arep– di atasnya..arwah sangat dekat…..sangat dekat denganku…..

aku doakan agar arwah dan keluarganya dimasukkan dikalangan mukmin yang sadiq… ramai orang risau tentang kematiannya kerana dia tidak bersedia untuk mati…tapi bagi orang yang sentiasa di dalam tazkiyatun nafs(menyucikan diri) dan berada di landasan yang benar,datanglah kematian pada bila-bila..nescaya dia sentiasa bersedia..dan itulah orang2 yang benar2 bijak..ramai orang merancang tentang masa depan yang belum pasti tetapi tidak merancang tentang ketentuan yang 100% confirm..jadilah orang2 yang bijak..set kan matlamat anda untuk meraih syurga Allah dari sekarang..selagi mana kita berada di jalan yang benar,insyaAllah syurgalah balasannya..jangan sombongkan diri untuk menerima hidayahNya..kita doakan pahala syahid untuk orang-orang yang mati di jalan dakwah.. walaupun mungkin tak se-femes peristiwa Memali,tetapi kita berdoa dan kita yakin bahawa sesiapa yang mati dalam memperjuangkan agamaNya,matinya juga adalah syahid..walaupun matinya bukanlah mati di bawah mata pedang sekalipun..

…“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,ia PASTI menemui kamu…”(Al-Jumu’ah:8)

Advertisements

6 Responses to “In memory of Mohd Ariff Abdul Kadir (22/03/1986- 11/12/2009)…”

  1. k elly Says:

    thnx for sharing…sure he’ll be in our memories forever…

    Al-Fatihah~~

  2. Faizal Says:

    Sedih dengar coretan ni …. baru beberapa hari sebelum kejadian ana berhubung dengan allahyarham melalui telefon.. seakan masih tidak percaya dengan pemergian allahyarham … walaupun tidak serapat rakan-rakannya yg lain di UK, air mata kesedihan tidak dapat ditahan apabila mendengar tentang berita tersebut dari status YM akhi Keyo…

    Inilah yang dikatakan kuasa Allah yang maha besar … kita merancang segalanya, tetapi Dia jugalah yang mempunyai perancangan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang…

    Kita doakan allahyarham dan keluarga ditempatkan Allah SWT bersama-sama dengan golongan yg beruntung … amin ya rabbal ‘alamin!

  3. faridul Says:

    Amin!!!

  4. Ruzaini Says:

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh, Amin.

  5. hamba Allah Says:

    salam,

    semoga roh nya di tempatkan di kalangan org yg beriman…teringat betape baiknya arwah…ingt lagi, periuk nasi yg kitorg satu rumah pakai selame setahun arwah yg punye…

    al-Fatihah~~

  6. azriff Says:

    assalmualaikum…
    trima kasih utk perkongsin ini.. wlaupun xmgenali arwah, saya amat sebak dan menitiskan air mata, terasa arwah bgitu dekat dgn diri ini.. bertuahnya dpt mengenali arwah.. smoga roh arwah dan keluarga dicucuri Rahmat.. Al Fatihah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: