20 May(pm): Mu’az Firdausi,nama diberi…

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. pertama-tamanya syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ni’matNya yang tidak terhingga… insyaAllah ana akan update kisah kami setakat saat ini(7.30pm UK)..

InsyaAllah pagi esok wife ana akan discharge dari hospital.. cuma baby akan stay kat hospital sampailah semuanya ok(i.e. berat baby dah sampai 1.5kg,blh bernafas sendiri dsbnya).. dan esok hospital akan mintak deposit 50000kc@EUR2000. 00.. dan insyaAllah ia blh dibayar pakai duit saving wife ana dahulu..

tengah hari tadi pegawai embassy datang..updates yg ana terima dari embassy ialah mereka boleh bantu dari segi pendaftaran, dan mereka juga akan cuba bantu dari segi nak minta diskaun..cuma yang ni mereka x jamin la blh dpt ke x…dari segi duit,mmg embassy xdapat bantu sebab mmg ini tak tertakluk di bawah bidang kuasa mereka..so nampak gaya mmg kena cari sendiri la duit ni…

insyaAllah kami akan cuba minta student2 society yang ada kat sana utk write down official letter untuk memohon pengurangan harga kos rawatan..sama2 la berdoa agar hospital dapat kurangkan kos rawatan bayi kami…

updates pasal baby lak.. hari ni alhamdulillah baby dah boleh bernafas pakai lung sendiri dah n guna udara persekitaran je..tak perlukan machine dan mask utk bantu..cuma machine akan stand by lah..dari segi blood sample, setakat ni baby clean dari apa2 infection..cumanya dia punya Ductus Arteriosus belum tertutup dengan sepenuhnya sebab tak cukup bulan..dan insyaAllah later on dia akan tertutup dgn sendiri.. dari segi sistem penghadaman lak, setakat ni belum ada apa2 negative reaction lagi bila diberi minum susu ibu alhamdulillah. .

ana sangat bersyukur alhamdulillah dengan growth rate baby yang bg ana sgt memberansangkan. .sekurang2nya lega la skit bagi diri yang stress ini.. baby pun dilaporkan semakin stabil alhamdulillah. ..

rasanya setakat itulah sahaja utk hari ini…insyaAllah teruskan doa antum kepada kami sekeluarga.. .doakan agar baby continue to growth positively.. doakan agar ana dan zaujah tabah dan cekal menghadapi hari2 mendatang.. kl xleh tlg dari segi kewangan sekalipun, doa antum pun sudah cukup beharga buat kami…

sekian sahaja setakat ni..

wassalam…

Advertisements

7 Responses to “20 May(pm): Mu’az Firdausi,nama diberi…”

  1. Zainal Says:

    Salam, pertamanya mabruk jiddan ana ucapkan buat antum atas kelahiran anak sulung, semoga beliau membesar menjadi anak yang soleh seterusnya meneruskan perjalanan dakwah ini.

    Keduanya ana doakan agar kesihatan Mu’az improve dgn segera dan semoga Allah membantu kalian sama ada dr kesihatan baby mahupun kewangan. Didoakan juga semoga antuma bersabar, having a pre-term baby must be quite a challenge, moga tidak ada apa2 complications di masa yang mendatang.

    Akhir kalam, mabruk skali lagi!

  2. mu'az al-iskandaraani Says:

    salaam,akhi…..mabruuk jiddan utk antum bdua…ameen ana doakn utk doa zainal…..

    moga nta tabah hadapi ujian ini insyaALLAH…kullu kheir..
    btw,nice name nta plh utk anak sulung nta ni,abu mu’az…=)

    yassarallahu lakuma ‘ala kulli haal….

  3. intan nadia taib Says:

    Assalamualaikum,

    Dear Keyo dan Zila,
    Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujian ini.InshaAllah kami di Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan Mu’az dan kedua ibu bapanya.

    T care,dan inshaAllah jumpa kat Msia nanti 🙂

  4. Faridul Says:

    Mabruk ya akhi!! Moga ALLAH permudahkan segala urusan anta.

    “fainna ma’al usri yusro..”

  5. Abu Mu'az Says:

    kepada Mu’az dan Zainal: jzkk khair kerana mendoakan kami.. =) keep on berdoa kerana itulah senjata utama kita.. Mu’az,saje pilih nama mcm anta..nak suh dia jadi huffaz jugak satu hari nnt,hehe..

    intan: jzkk khair intan..sentiasa doakan kami di sini ye… nnt jumpa kat kelantan..dtg la ziarah =)

    faridul:jzkk khair akh.. harap mohon panjangkan doa kpd ikhwah n akhawat lain di Malaysia..lagi ramai org baik2 berdoa,lagi bagus.. =)

  6. Sirri Says:

    Salam

    First of all tahniah utk anak sulung. Inshaallah ikhwah di sini akan doakan untuk kesihatan Mu’az dan semoga Allah bagi kemudahan untuk antum skeluarga.

    @Penang

  7. Abu Mu'az Says:

    jzkk sirri.. afwan tak sempat nk jumpa before antum balik hari tu.. =( insyaAllah kita jumpa kat malaysia nnt jika dimurahkan rezeki.. =)

    teruskan berdoa untuk kami ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: