Semua Sumbangan Ikhlas DIHENTIKAN buat masa ini.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah ana amat bersyukur atas kurnian Ilahi atas rezeki yang tak disangka-sangka ini.. ternyata doa anda semua telah memudahkan segala urusan kami..benarlah kata orang.. anak ini datang membawa rezeki.. Subhanallah…

di sini ana ingin mengumumkan supaya SEMUA SUMBANGAN DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU. Ana sebenarnya agak terkejut dengan amount yang telah dikutip sepanjang 4 hari ini..Maha Suci Allah.. Dia menolong kita dari jalan yang kita tidak sangka…. Alhamdulillah..

Amount kasar yang sudah diperoleh dari personal saving,Paypal, kutipan di masjid, bank transfer, dan sumbangan direct rakan-rakan kepada ana dan isteri kini sudah mencecah hampir EUR8000++.. ini tidak la termasuk dengan duit yg dikutip oleh Majlis Syura Muslimun dan rakan2 ni negara lain yang telah memulakan langkah membuat tabung untuk anak kami..

dan ana merasakan cukuplah setakat ini buat masa ini..ana rasa lebih baik amount itu kurang daripada berlebih-berlebihan..risau takut menzalimi orang lain pula… insyaAllah di pihak ana sendiri ana akan cuba negotiate lagi dengan pihak hospital…kami akan cuba pressure hospital to the limit…cukuplah ana menyusahkan antum semua untuk menolong kami… mmg personally ana tak mampu nak balas jasa budi rakan-rakan jauh dan dekat yang amat bermurah hati mengorbankan sedikit duit mereka untuk Mu’az..semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran syurga dan maghfirahNya insyaAllah..

sekali lagi..jazakallahukhairan kathira kepada semua yang telah membantu… ana amat-amat terhutang budi pada semua orang…..dan harap-harap dapat doakan agar Mu’az dapat menjadi insan yang soleh dan musleh satu hari nanti..dan dapat berbakti kepada masyarakat sebagaimana masyarakat telah berbakti kepadanya…

sekian dahulu..terima kasih dan assalamualaikum wbt.. =)

Abu Mu’az & Ummu Mu’az

Advertisements

30 Responses to “Semua Sumbangan Ikhlas DIHENTIKAN buat masa ini.”

  1. yna Says:

    alhamdulillah…hopefully segala urusan dpermudahkn πŸ™‚

  2. likjin Says:

    congrats! all the best πŸ™‚

  3. Ikhwah Russia Says:

    Sekiranya ada apa apa yang kami boleh bantu, sila beritahu, kami sedia membantu. insyaallah. semoga Muaz Firdausi berada dalam kesihatan yang baik.

  4. Abu Mu'az Says:

    thAnks Lik Jin.. =)

    kepd akh rusia,thanks byk2 atas niat baik anda…moga ada ganjarannya disisi Allah..

    always pray for us insyaAllah. =)

  5. nik5564 Says:

    salam yo..

    semoga Allah mudahkan..

    syafakallah

  6. faridul Says:

    alhamdulillah. syukur Allah kurniakan antm dengan ikhwah2 dan teman2 yang baik hati.

    Moga Allah pelihara dan kurniakan kesihatan buat akhi Muaz Firdausi. Tak sabar “paman”nya ni nak jumpa dia…

    • Abu Mu'az Says:

      hehe..alhamdulillah.. =)

      anak2 kembar anta pun ana tak sempat nk jumoa lagi syeikh,hehe.. kenal dalam gambar je..insyaAllah jika diberi peluang,kita akan berjumpa jua satu hari nnt di mesia.. =)

  7. nabilah Says:

    alhmdulillah…syukur sgt3…smoga sihat cepat2 baby….

  8. nurinkhairi Says:

    hopefully your baby sentiasa sihat and monitored dgn rapi
    adibah

  9. ibnu hisham Says:

    Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan enta sefamily.
    syafahullah.
    Allah jualah yang maha menyembuhkan. amin..

  10. iqa Says:

    alhamdulillah..
    harap anak encik cpt sihat πŸ™‚
    baby encik sgt2 comel πŸ™‚
    semoga Allah merahmatinya dan memberi keajaiban buatnya. .

  11. Rozita Halim Says:

    Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segalanya.
    Doa saya dan keluarga buat Muaz πŸ™‚

  12. Cik Ct Fadzil Says:

    salam.. alhamdulillah… smoga anda skeluarga bhgia d dnia & akhirat.. amin… πŸ™‚ wassalam..

  13. azila Says:

    semoga baby muaz sentiasa dlm perlindungan dan kasih sayang-Nya…sy doakan muaz sihat dan menjadi seorang anak yg soleh spt yg diimpikan oleh setiap ibubapa..Amiin..

  14. yangbaik Says:

    salam,
    alhamdulillah, semoga baby sihat dan menjadi anak yang soleh serta dikurniakan Allah segala kekuatan untuk meneruskan perjuangan di dunia…

  15. ieda Says:

    salam..didoakan mu’az semakin sihat.alhamdulillah dia lahir di negara yg maju..punya segala peralatan untuk membantu bayi semuda mu’az..dengan izin Allah.

  16. A-Y-I-E Says:

    saya harap anak anda berada didalam keadaan sihat sejahtera.Kami akan menolong anda jika perlukan bantuan lagi

    • Abu Mu'az Says:

      terima kasih A-Y-I-E..moga Allah membalas jasa baik anda dengan ganjaran yg lebih baik.. =)

  17. ibuintan Says:

    Alhamdulillah,
    moga Muaz makin sihat,
    akak doakan yang terbaik buat Muaz dan saudara sekeluarga

  18. Nour el-Yaqeen Says:

    Rezeki Muaz Firdausi. Alhamdulillah ;D

  19. nur Says:

    salam brother
    alhamdullilah… ana doakan semoga Muaz sihat walafiat.. insyaallah.

    P.S. salam to ur wife..

  20. Zala Wajik Says:

    Bro, semoga yang terbaik untuk Mu’az Firdausi πŸ™‚
    hanya mampu berdoa je, almaklumlah. Duit pun kurang, budaklah katakan. hehe πŸ˜€

  21. Abu Mu'az Says:

    wslm.. terima kasih kepada semua.. =) xsempat nk ucap terima kasih kepada setiap person kt sini..sebab dah byk sgt,hehe..

    maaflah kebelakangan ni sibuk skit..hari ni n esok final exam.. lepas tu br la blh pegi Czech utk tgk baby kesayangan.. =)

  22. Myst3Rious Says:

    baru tau pasal ni coz baru dapat msg kat fb anyway misz ada copy paste luahan dari ayah baby ni pada site misz http://makethispossible.webs.com

    sorry copy paste tanpa izin… thanks

  23. suhaila Says:

    salam…
    moga baby mu’az n ummi nya tabah until abu nya smp ke Czech. kami di m’sia mendoakan yg terbaik utk Mu’az n family. πŸ™‚ moga mu’az cpt besar! he’s a tough lill guy!

  24. iidyll Says:

    Alhamdulillah..
    semoga baby mu’az sentiasa berada dibawah rahmatNYA…

  25. simawarhitam Says:

    Assalamualaikum wbt

    Semoga kalian sekeluarga dilindungi Allah. Gembira rasanya mengetahui anak saudara beransur baik. Kuatkan semangat dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. HAkikatnya, kita insan ygg sgt kerdil dan tidak tahu apa hjimah terlindung di sebalik ujian yg DIA berikan.

    Peluk cium untuk Mu’az Firdausi dari Ibu Auni Alwani πŸ™‚

    • Abu Mu'az Says:

      terima kasih atas peringatan itu..benar,sesungguhnya Allah adalah pada sangkaan hamba-hambaNya.. =)

      xleh nk cium lagi ibu..hehe..takut kena infection..nk pegang pun kena sterile betul2 tgn ni,hehe..nnt bila mu’az dah keluar incubator sy tlg ciumkan ye.. =)

  26. natrah Says:

    gud to hear that..hope everything will be fine..if need anything just bgtau..insyallah everybody willing to help…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: