coretan ummu mu’az

mu'az 8th day

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah3x..

Syukur kpd yg Maha Pemberi rezeki,dikurniakan seorang cahaya mata buat penyeri rumah tangga kami,Mu’az Firdausi. Lahir seawal 13 minggu dr tarikh kelahiran sebenar, suatu yg tidak dijangka,baru seminggu sebelumnya sy mmbuat pemeriksaan dan gynaecologist mengatakan semuanya normal dan dgn harapan yg tinggi sy boleh melahirkannya di Malaysia nnt..sungguh,serapi mana pun perancangan kita namun Dialah sebaik2 perancang.

Hari ini diberi masa dan kekuatan utk mengupdate blog suami utk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman utk mereka yg begitu prihatin dgn keadaan kami..amat terharu dgn respond dari semua yg membantu,benih kasih sayang Allah tersebar pada semua makhlukNya, ya!semuanya drNya..

Hari pertama,Detik 2.22pm (waktu Czech). Mu’az Firdausi dilahirkan, saya hy berpeluang utk melihat wajah si kecil itu setelah beberapa jam dia dilahirkan. Sy dibawa ke bilik neonatal ICU, ini suatu pengalaman yg sukar.mendengar bunyi2 dr machine .wayar2 berselerakan disekeliling suatu bekas yg menempatkan bayi kecil saya (incubator). Semua berlaku dlm masa yg singkat,’baru pg td ke cuba ke kelas, skrg aku di atas kerusi roda yg ditolak oleh jururawat utk bertemu bayi yg selama hampir 7 bulan di dlm kandunganku’ detik hati sy..melihat wajah merah si kecil menambahkan lg sebak.Ya Allah,selamatkanlah dia..sungguh tidak kuat utk mghadapi saat itu sendirian..

Hari kedua, Pagi itu didatangi dua org pekerja dari bahagian kewangan hospital.Dua wanita yg sy sering jumpa pada tiap2 bulan utk membayar byrn check up sepanjang kehamilan. Dgn  nada yg berat ,mereka mmberitahu saya mengenai kos treatment utk mu’az..sekali lagi suatu yg berat dan sukar utk sy terima.Cuma mampu utk mendengar penjelasan dan mengangguk faham.

Seharian ,sy tidak henti2 dikunjungi rakan2.sahabat di tahun yg sama,junior2 serta pegawai dr kedutaan turut menziarahi . Kata2 semangat dan doa dihulurkan,itulah pengubat hati di kala diri dalam keadaan yg sungguh menekan. Tidak kurang juga hembusan semnagat dr dari suami di bumi Nottingham..sungguh,kita akan tahu seberat mana sesuatu ujian itu jika kita sendiri yg menanggungnya,namun redha itulah kunci ketenangan..berdoa dan trus berdoa agar tidak dihanyutkan oleh kesedihan yg berlebihan..

Hari ketiga,sy dibenarkan utk pulang ke rumah.namun hati sgt berat utk meninggalkan mu’az..doktor mmberitahu keadaan mu’az stabil dan menasihatkan sy supaya menjaga diri dan tidak terlalu merisaukan keadaan mu’az..

Hari2 yg seterusnya sy perlu ke hospital menaiki teksi utk menghantar susu kpd mu’az. Dia diberi susu setiap 3 jam..dari sehari ke sehari Alhamdulillah ade perkembangan yg positif dan keadaannya stabil. Kuantiti susu juga ditambah dari sehari ke sehari kerana system penghadamannya mampu utk tolerate dgn susu ibu. Mu’az bernafas menggunakan udara luar dan memrlukan oksigen supporter sehingga hari yg kelima..dan sekarang totally bernafas sendiri..:)

Semoga mu’az menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada agama dan masyarakat dgn berkat doa kita semua..

Anak ummi dan papa tak boleh jadi org yg sombong ye..:)

Ummu mu’az

Advertisements

7 Responses to “coretan ummu mu’az”

  1. nur Says:

    salam antum

    alhamdullilah adik Muaz sudah sedar…

  2. hambaAllah Says:

    salam,
    nak tny psl kutipan derma, cukup ke? byrn utk hospital lepas ke? bimbang kesihatan mu’az terjejas kalau x cukup diberikan ape yg patut. semoga mua’az bertambah sihat dr semasa ke semasa. insya-Allah.

    • Abu Mu'az Says:

      actually mmg xcukup lg tapi kami cuba utk dapatkan pengurangan kos bayaran dr pihak atasan dahulu..semoga usaha ini akan berhasil..insyaAllah,treatment diteruskan krn kami tlh mmbayr sedikit deposit..ameen.terimakasih ats doa dan keprihatinan hambaAllah.:)

  3. bushra Says:

    salam..

    lama saya mencari…bagaimana rupa adek mu’az ni…
    alhamdulillah die mkn sedar..
    insyaallah besar nanti die tergolong khalifah islam yang soleh di masa hadapan..

  4. ummu umar Says:

    assalamu’alaikum wbt….semoga abu dan ummu mu’az diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cubaan Allah ini…dan moga Allah memudahkan semua urusan kalian dan baby mu’az diberikan kekuatan untuk terus berjuang…ameen

  5. hanie Says:

    salam,
    alhmdulillah,sumernye selamat..sy faham mcm mane perasaan sorg ibu krn sy jg mengalaminye..lbh2 lg kelahiran permata hati yg pertama,,mgkin,nsb adik muaz lbh baik dr baby sy(nik qaseh qaisara)..
    sy jg mengalami kelahiran pramatang (31weeks) tp berat baby sy cuma 700gram mase lhir (16april2010, 8.24mlm)..skrg baby msh kt ICN, t’lalu byk dugaan yg kami hadapi..skrg baby mengalami masalah hati & memrlukn treatmnt yg lbh rapi.. dktor minta utk buat “lumbar puncture”,, APA PENDAPAT SAUDARI TTG KAEDAH NI?
    kami hanya mmp b’doa & kami mohon doa dr semua agar kami d beri kekuatan utk m’hadapi ujian ini..

    • Abu Mu'az Says:

      wslm..semoga baby nik qaseh qaisara cepat sembuh dan membesar dgn baik dan k hanie trus kuat dan tabah menghadapi ujian ini,sy xberani utk memberi pendapat memandangkan ilmu dlm bidang ini hy pd tahap ilmu seorang pelajar perubatan..tp sy rasa k hanie perlu dptkan maklumat2 lanjut drp doktor tersebut,tykan mengenai risikonya serta alternatif lain jika ada..

      ummu mu’az

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: