sebulan berlalu..~mu’az firdausi~

Bismillahirrahmaanirrahim..

assalamualaikum wbt..

Dah sebulan lebih..


Sedar xsedar hari ni dah 33 hari umur mu’az..sungguh cepat masa berlalu,jika masa sebulan ini sungguh cepat berlalu,maka tidak lama jg masa yg ditunggu2 akan tiba iaitu hari mu’az keluar dari hospital,saat yg sy bayangkan saat yg sangat bahagia dalam hidup,insyaAllah,semoga segalanya seperti yg diharapkan dgn izin Allah.namun,tidak terlepas juga dr fikiran bhw tanggungjawab yg besar juga menanti bg kami yg tiada pengalaman utk menjaga anak kecil, lebih2 lg anak yg lahir tidak cukup bulan, dalam setahun hingga dua tahun pertama pertumbuhannya tidak seperti full term baby,dia akn lbh sensitive dan saiznya juga lbh kecil.sukar sy membayangkan bagaimana situasinya nanti..


masa sebulan ini diisi dgn rutin menemani mu’az dihospital, sekali sehari dan kadang2 dua kali sehari .dua minggu pertama sy terpaksa berulang alik ke hospital menaiki teksi.hanya dua minggu krn memikirkan kos menaiki teksi hampir 200kc sehari, sy kuatkan diri dan kumpulkan tenaga utk berjalan ke hospital pd hari2 seterusnya,maklum la org dlm pantang badannya masih lemah dan tidak boleh berjalan secergas org lain, keletihan dilupakan seketika apabila memikirkan anak yg sedang menunggu belaian tgn umminya.itulah yg sering menjadi motivasi utk diri.


Masalah bahasa..


Hari ni hari yg ke -12 mu’az berada di intermediate care unit setelah berpindah dr ICU, sy sungguh gembira kerana agak awal dia dipindahkan ke situ memandangkan keadaannya stable dan kurang masalah,alhamdulillah,berkat doa semua perkembangan mu’az amat memberangsangkan walaupun kadang2 ada masalah pernafasan yg tidak serius. Bilik di unit ni agak besar dan memuatkan 8 org bayi.keadaan agak tenang di unit ini berbanding ICU dulu,tetapi apa yg sgt berbeza ialah nurse yg tidak boleh berckp English menyebabkan susah utk sy berkomunikasi dan berty sesuatu serta memahami tunjuk ajar mereka dgn hanya berbekalkan skill berbhs Czech yg sangat lemah. Jalan mudah utk memahami satu sama lain ialah dgn berbahasa isyarat.:).tapi agak sedih, krn masalah bhs, sy tidak dpt mmberikan yg terbaik utk mu’az.


Sejak berada di unit ini ,hampir setiap hari sy berpeluang utk memangku mu’az, meletakkan dia keats badan ( kangarooing ).sentuhan kulit ibu dan bayi sgt digalakkan dan ianya boleh mempercepatkan pertumbuhan bayi disamping mengeratkan hubungan ibu dan anak.dan sedikit sebanyak sy boleh memerhatikan ragamnya dan bagaimana utk menenangkannya dan tidak terlepas juga memperdengarkan ayat2 suci dan menyanyikan selawat dan asmaul husna.hanya ini didikan yg mampu ummi bagi untuk mu’az buat masa ini. beberapa hari lepas berpeluang utk menukar lampin mu’az .agak kelam kabut krn dia agak fragile dan harus dilakukan dgn penuh berhati2.jika dia byk bergerak heart rate and blood o2 saturation monitor akn berbunyi tetapi Alhamdulillah rasa kekok dah semakin berkurang dgn bantuan abu mu’az .dan hari ini nurse memberitahu bhw pernafasan mu’az sgt baik dan monitor yg control tahap oksigen dan heart rate nya pon jarang berbunyi..vyborne!!( excellent!:) dlm bhs Czech )

berat mu’az kini 1095g.


Setakat ini dulu update baby mu’az..


~ummu mu’az~

Advertisements

2 Responses to “sebulan berlalu..~mu’az firdausi~”

  1. dr syed Says:

    Salam Abu dan Ummu Muadz, tabarakallah, semoga Allah mempermudahkan urusan-urusan antum semua.Sila rujuk http://www.bliss.org.uk……. semoga membantu insya-Allah.

    • Abu Mu'az Says:

      wslm dr syed.. jzkk khair kerana byk membantu =) insyaAllah progress Mu’az amat baik..berkat doa antum semua..alhamdulillah..

      hari ni berat dah 1155g.. esok pindah wad baru.. kl x silap, ini wad terakhir sebelum dia keluar.. ICU–> intermediate care unit–> wad ni.. cuma nk konfirm balik ngn doktor esok..

      pasal pembayaran, insyaAllah cukup dengan duit2 yg telah dikumpul..harap2 bil menjadi kurang seiring dengan perpindahan ke wad yg lebih less intensive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: