07 August 2010.. Update terkini Mu’az Firdausi

muaz intai sape tu..?

muaz tgh tido

ada sesape berani lawan saya?hehe..

Assalamualaikum wbt…

Di sini ana ingin mengupdate keadaan Muaz so far…Pada hari Khamis yang lepas(5/8/2010), Mu’az telah menjalani pemeriksaan bronchoscopy untuk melihat dari dalam saluran pernafasan dia..pemeriksaan ini dibuat di hospital lain kerana hanya ada seorang sahaja doktor di Czech Republic yang mampu menjalankan operasi tersebut utk bayi yang kecil..sebelum ini, Mu’az didapati mengalami sedikit masalah pernafasan..macam tak smooth sgt..alhamdulillah pemeriksaan berjalan dengan lancar.. dan masalah pernafasan itu disebabkan oleh edema yang terhasil kerana mechanical ventilation ketika dia menjalani pembedahan tempoh hari.. edema ini akan hilang cuma mengambil sedikit masa.. disebabkan edema ini, Mu’az macam slow skit masa dilatih meminum susu menggunakan botol susu..kalau pakai tiub, tak de la terasa air susu membasahi tengkak..nurse yg bagi dia minum kena banyak bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman,hehe..

Semalam Mu’az dah dipindahkan ke katil biasa.. bukannya heated bed lagi.. insyaAllah dalam seminggu lagi dia akan keluar..harap-harap semua doakan agar dia dapat keluar secepat mungkin..tak sabar dah kami nak tunggu Mu’az balik ke rumah,hehe…

pasal negotiation dengan pihak hospital, orang embassy dah kontek pihak hospital..buat masa ini,mereka hanya mampu sempat kontek melalui telepon sahaja..dan dari perbincangan itu, pihak hospital cakap depa dah kenakan charge yang paling minimum..dan sebahagian kecil daripada charge itu mereka cuba utk amik daripada syarikat insurans..pihak embassy mencadangkan ana menghubungi pihak MARA dan alhamdulillah,ana sudah menghantar email ke pegawai MARA di Frankfurt,German tentang anak kami..cuma buat masa ini masih belum ada apa-apa reply daripada dia..kalau option MARA ni diambil, ini bermakna hutang kami dengan MARA akan bertambah je la..

Hasil perbincangan embassy dengan pihak hospital itu kurang memuaskan kami kerana seolah-olah hint yang dibagi ialah perlu di bayar jugak semua amount dalam bil..dan kami telah membuat initiatif untuk berjumpa sendiri dengan director hospital tersebut.. appointment telah dibuat pada hari Khamis ini(12/8) yang mana kami sendiri akan berjumpa face-to-face dengan director untuk merayu supaya amount bil dikurangkan.. mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan kami..

Jikalau semuanya ok, kami plan untuk balik ke Malaysia 20 Aug ini dgn flight emirates dari prague.. doktor di sini mencadangkan supaya kami meminta bantuan oxygen supply untuk Mu’az..sebab takut Mu’az xleh nk adapt dengan oxygen level di dalam flight nnt..

insyaAllah setakat itu sahaja dahulu..sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.. =)

wassalam..

Advertisements

2 Responses to “07 August 2010.. Update terkini Mu’az Firdausi”

  1. mu'az iskandaraani Says:

    alhamdulillah..da nk kuar da..
    syekh,nta nmpk kurus je nih…hehe….ana btolak blk ke mlysia hari nih..nta blk bila?nk gak bjmpa ngn mu’az jr. face to face nih…

    alaa kulli haal,salaam ramadhan…n salam syg utk mu’az jr….

  2. Abu Mu'az Says:

    hehe..bila masa ana gemuk nye =p ana iA balik 20hb ni..sampai mesia 21.. Muaz keluar spital hari ni..insyaAllah petang karang ana update blog ni..

    insyaAllah bila2 masa lapang kita blh jumpa,hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: