sebulan berlalu..~mu’az firdausi~

June 20, 2010

Bismillahirrahmaanirrahim..

assalamualaikum wbt..

Dah sebulan lebih..


Sedar xsedar hari ni dah 33 hari umur mu’az..sungguh cepat masa berlalu,jika masa sebulan ini sungguh cepat berlalu,maka tidak lama jg masa yg ditunggu2 akan tiba iaitu hari mu’az keluar dari hospital,saat yg sy bayangkan saat yg sangat bahagia dalam hidup,insyaAllah,semoga segalanya seperti yg diharapkan dgn izin Allah.namun,tidak terlepas juga dr fikiran bhw tanggungjawab yg besar juga menanti bg kami yg tiada pengalaman utk menjaga anak kecil, lebih2 lg anak yg lahir tidak cukup bulan, dalam setahun hingga dua tahun pertama pertumbuhannya tidak seperti full term baby,dia akn lbh sensitive dan saiznya juga lbh kecil.sukar sy membayangkan bagaimana situasinya nanti..


masa sebulan ini diisi dgn rutin menemani mu’az dihospital, sekali sehari dan kadang2 dua kali sehari .dua minggu pertama sy terpaksa berulang alik ke hospital menaiki teksi.hanya dua minggu krn memikirkan kos menaiki teksi hampir 200kc sehari, sy kuatkan diri dan kumpulkan tenaga utk berjalan ke hospital pd hari2 seterusnya,maklum la org dlm pantang badannya masih lemah dan tidak boleh berjalan secergas org lain, keletihan dilupakan seketika apabila memikirkan anak yg sedang menunggu belaian tgn umminya.itulah yg sering menjadi motivasi utk diri.


Masalah bahasa..


Hari ni hari yg ke -12 mu’az berada di intermediate care unit setelah berpindah dr ICU, sy sungguh gembira kerana agak awal dia dipindahkan ke situ memandangkan keadaannya stable dan kurang masalah,alhamdulillah,berkat doa semua perkembangan mu’az amat memberangsangkan walaupun kadang2 ada masalah pernafasan yg tidak serius. Bilik di unit ni agak besar dan memuatkan 8 org bayi.keadaan agak tenang di unit ini berbanding ICU dulu,tetapi apa yg sgt berbeza ialah nurse yg tidak boleh berckp English menyebabkan susah utk sy berkomunikasi dan berty sesuatu serta memahami tunjuk ajar mereka dgn hanya berbekalkan skill berbhs Czech yg sangat lemah. Jalan mudah utk memahami satu sama lain ialah dgn berbahasa isyarat.:).tapi agak sedih, krn masalah bhs, sy tidak dpt mmberikan yg terbaik utk mu’az.


Sejak berada di unit ini ,hampir setiap hari sy berpeluang utk memangku mu’az, meletakkan dia keats badan ( kangarooing ).sentuhan kulit ibu dan bayi sgt digalakkan dan ianya boleh mempercepatkan pertumbuhan bayi disamping mengeratkan hubungan ibu dan anak.dan sedikit sebanyak sy boleh memerhatikan ragamnya dan bagaimana utk menenangkannya dan tidak terlepas juga memperdengarkan ayat2 suci dan menyanyikan selawat dan asmaul husna.hanya ini didikan yg mampu ummi bagi untuk mu’az buat masa ini. beberapa hari lepas berpeluang utk menukar lampin mu’az .agak kelam kabut krn dia agak fragile dan harus dilakukan dgn penuh berhati2.jika dia byk bergerak heart rate and blood o2 saturation monitor akn berbunyi tetapi Alhamdulillah rasa kekok dah semakin berkurang dgn bantuan abu mu’az .dan hari ini nurse memberitahu bhw pernafasan mu’az sgt baik dan monitor yg control tahap oksigen dan heart rate nya pon jarang berbunyi..vyborne!!( excellent!:) dlm bhs Czech )

berat mu’az kini 1095g.


Setakat ini dulu update baby mu’az..


~ummu mu’az~

Update Pembayaran Mu’az

June 15, 2010

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan masa untuk berjumpa dengan kerani2 dekat payment department tu.. diorang dah keluarkan bil utk Mu’az.. untuk 19 May-31 May, amount yang perlu di bayar ialah lebih kuran 209000.00CZK.. tapi nego2 ngn dia..cakap buat masa ni blh bayar separuh je( around 4000.00euro lebih)..tak nak la bayar sekaligus semua..takut dia ingat kita kaya lak..

Sehari dua ni Mu’az punya breathing x ok sangat.. but still dia duduk dekat intermediate care unit..cumanya kitaorg xleh nk dukung2 lah before dia minum susu.. harap2 semuanya ok.. hari tu doktor cakap nk scan dia pun jantung(ke paru2?x sure..) utk check dia punya ductus arteriosus dah tertutup ke belum.. kalau tak tertutup dengan automatik, maka ada dua option..either by makan ubat2 i.e. drugs which is tak bagus ataupun kena buat minor surgery.. doktor cakap pembedahan itu common bagi anak2 premature..

berat Mu’az dah 1055g hari ni..umur dia lak dah 30 minggu 5 hari.. hari ni first time mak dia tukar lampin dia.. gelabah betul td,hehe =p biasalah..first time..banyak la plak Mu’az buang air besar.. sampaikan bila nk tukar lampin baru sempat lagi dia teran..rugi satu lampin hari ni..ayah dia pun dah dapat dukung dia buat pertama kali.. rasa tangan ni macam keras semacam je pegang baby kecik.. kalau dulu ayah dia mmg x berani la nk dukung2 anak2 sedara yg baru lahir..mmg ‘keras’ semacam je tangan ni.. tapi dah ada anak sendiri ni,kena la berlatih..hehe.. kl baby besar ok je..ayah dia cuma bermasalah dengan baby yg kecik.. fragile semacam je..

rasanya itu sahaja buat masa ni..terima kasih kerana membaca..

wassalam..

update mu’az firdausi~ hari ke-20

June 8, 2010
20 days

Bismillahirrahmaanirrahim..


Semalam genap 20 hari mu’az dilahirkan.alhamdulillah dia nmpk selesa sekali berehat dan mmbesar didlm incubator..berat si kecil mu’az kini 930g. naik sebanyak 15g smlm.agak cepat beratnya naik berbanding hari2 dlm minggu sebelumnya. Menurut doctor, susu mu’az ditambah vitamin utk mempercepatkan tumbesarannya dan kenaikan maksimum ialah 15g.kenaikan beratnya dikontrol bimbang ia hasil dr edema.alhamdulilah tiada edema pd mu’az.infection pada matanya juga  sudah pulih.mu’az perlu menjalani echocardiography utk control closure of ductus arteriosus pada jantungnya. Menurut doctor,Setakat ini tiada yg perlu dibimbangkan krn mu’az boleh bernafas dgn baik dan system penghadaman juga berfungsi dgn baik. Ini menunjukkan system kardiovascular mu’az juga tiada masalah cuma hy perlukan kawalan..


Rutin harian ke hospital utk menemani mu’az suatu rutin yg begitu menyenangkan.Semoga mu’az trus sihat dan membesar dgn baik..doa ummi dan papa sentiasa mengiringimu anakku..:)


Ummu mu’az.

03/06/2010: Update Mu’az Firdausi

June 3, 2010

Assalamualaikum wbt..

pertama-tamanya ana meminta maaf kepada para pembaca yang setia menjenguk blog ini untuk mengetahui keadaan anak kami..sudah lama tidak update..bukan kerana malas.. cuma ingin memberi peluang supaya posting tentang  perbehentian donation itu dapat dibaca dan difokuskan.. skrg ana masih di Prague,Czech Republic.. menjaga isteri yang masih berpantang,hehe.. biasanya tugas ini diambil oleh ibu mertua tapi inilah asam garam kehidupan… barangkali salah satu hikmah buat diri ini..jarang suami yang jaga isteri time lepas bersalin =)

hari ni sudah genap 29 minggu umur Muaz.. semalam baru selesai dengan urusan membuat surat beranak.. terima kasih kepada Ms Zovica yang telah mengtranslate sijil kahwin yang berbahasa jawi itu terus kepada bahasa czech.. tak sangka ada orang czech yang fasih berbahasa Melayu..bahkan Jawi lagi,hehe..

keadaan Mu’az?? Alhamdulillah berkat doa semua Mu’az semakin stabil… xde complication yang serius setakat ni.. hari tu ada lah sedikit infection dekat mata dia..tapi alhamdulillah dah semakin berkurang…berat Mu’az menurun skit..awal2 keluar berat dia 0.93kg..skrg turun kepada 0.85kg..dan doktor ckp mmg benda ni normal…baby nk adapt dgn suasana..

Mu’az akan dipindahkan ke intermediate care unit selepas berat dia about 1kg..and after berat dia about 1.5kg,baru dia blh keluar dari incubator…skrg dia dah mula biasakan diri dgn susu ibu dia..berat dia skrg bertambah about 10g sehari buat masa ni.. lama2 laju lah skit berat dia naik bila dia dah biasa..sekarang kami kena pergi hospital tiap2 hari utk hantar susu kat Mu’az..

pasal payment tu, kitaorg xsempat lagi nk jumpa dgn payment punya department.. lagipun wakil dari embassy balik mesia untuk bercuti..ingat nk tunggu dia balik sini dulu baru diskus balik camna..insyaAllah hujung bulan ni dia balik..

rasanya setakat itu sahaja dahulu buat masa ni.. harap doakan supaya Mu’az cepat besar =)

wslm..

coretan ummu mu’az

May 27, 2010

mu'az 8th day

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah3x..

Syukur kpd yg Maha Pemberi rezeki,dikurniakan seorang cahaya mata buat penyeri rumah tangga kami,Mu’az Firdausi. Lahir seawal 13 minggu dr tarikh kelahiran sebenar, suatu yg tidak dijangka,baru seminggu sebelumnya sy mmbuat pemeriksaan dan gynaecologist mengatakan semuanya normal dan dgn harapan yg tinggi sy boleh melahirkannya di Malaysia nnt..sungguh,serapi mana pun perancangan kita namun Dialah sebaik2 perancang.

Hari ini diberi masa dan kekuatan utk mengupdate blog suami utk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman utk mereka yg begitu prihatin dgn keadaan kami..amat terharu dgn respond dari semua yg membantu,benih kasih sayang Allah tersebar pada semua makhlukNya, ya!semuanya drNya..

Hari pertama,Detik 2.22pm (waktu Czech). Mu’az Firdausi dilahirkan, saya hy berpeluang utk melihat wajah si kecil itu setelah beberapa jam dia dilahirkan. Sy dibawa ke bilik neonatal ICU, ini suatu pengalaman yg sukar.mendengar bunyi2 dr machine .wayar2 berselerakan disekeliling suatu bekas yg menempatkan bayi kecil saya (incubator). Semua berlaku dlm masa yg singkat,’baru pg td ke cuba ke kelas, skrg aku di atas kerusi roda yg ditolak oleh jururawat utk bertemu bayi yg selama hampir 7 bulan di dlm kandunganku’ detik hati sy..melihat wajah merah si kecil menambahkan lg sebak.Ya Allah,selamatkanlah dia..sungguh tidak kuat utk mghadapi saat itu sendirian..

Hari kedua, Pagi itu didatangi dua org pekerja dari bahagian kewangan hospital.Dua wanita yg sy sering jumpa pada tiap2 bulan utk membayar byrn check up sepanjang kehamilan. Dgn  nada yg berat ,mereka mmberitahu saya mengenai kos treatment utk mu’az..sekali lagi suatu yg berat dan sukar utk sy terima.Cuma mampu utk mendengar penjelasan dan mengangguk faham.

Seharian ,sy tidak henti2 dikunjungi rakan2.sahabat di tahun yg sama,junior2 serta pegawai dr kedutaan turut menziarahi . Kata2 semangat dan doa dihulurkan,itulah pengubat hati di kala diri dalam keadaan yg sungguh menekan. Tidak kurang juga hembusan semnagat dr dari suami di bumi Nottingham..sungguh,kita akan tahu seberat mana sesuatu ujian itu jika kita sendiri yg menanggungnya,namun redha itulah kunci ketenangan..berdoa dan trus berdoa agar tidak dihanyutkan oleh kesedihan yg berlebihan..

Hari ketiga,sy dibenarkan utk pulang ke rumah.namun hati sgt berat utk meninggalkan mu’az..doktor mmberitahu keadaan mu’az stabil dan menasihatkan sy supaya menjaga diri dan tidak terlalu merisaukan keadaan mu’az..

Hari2 yg seterusnya sy perlu ke hospital menaiki teksi utk menghantar susu kpd mu’az. Dia diberi susu setiap 3 jam..dari sehari ke sehari Alhamdulillah ade perkembangan yg positif dan keadaannya stabil. Kuantiti susu juga ditambah dari sehari ke sehari kerana system penghadamannya mampu utk tolerate dgn susu ibu. Mu’az bernafas menggunakan udara luar dan memrlukan oksigen supporter sehingga hari yg kelima..dan sekarang totally bernafas sendiri..:)

Semoga mu’az menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada agama dan masyarakat dgn berkat doa kita semua..

Anak ummi dan papa tak boleh jadi org yg sombong ye..:)

Ummu mu’az

ditujukan khusus kepada semua yang telah byk membantu kami.. =)

May 24, 2010

masyaAllah.. saya ingin kongsikan hadith ini khususnya kepada semua yang telah banyak membantu kami,sama ada dari segi berdoa, menyebarkan berita, atau menyumbangkan wang.. barakallahufii walakum =)

Semua Sumbangan Ikhlas DIHENTIKAN buat masa ini.

May 22, 2010

Assalamualaikum…

Alhamdulillah ana amat bersyukur atas kurnian Ilahi atas rezeki yang tak disangka-sangka ini.. ternyata doa anda semua telah memudahkan segala urusan kami..benarlah kata orang.. anak ini datang membawa rezeki.. Subhanallah…

di sini ana ingin mengumumkan supaya SEMUA SUMBANGAN DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU. Ana sebenarnya agak terkejut dengan amount yang telah dikutip sepanjang 4 hari ini..Maha Suci Allah.. Dia menolong kita dari jalan yang kita tidak sangka…. Alhamdulillah..

Amount kasar yang sudah diperoleh dari personal saving,Paypal, kutipan di masjid, bank transfer, dan sumbangan direct rakan-rakan kepada ana dan isteri kini sudah mencecah hampir EUR8000++.. ini tidak la termasuk dengan duit yg dikutip oleh Majlis Syura Muslimun dan rakan2 ni negara lain yang telah memulakan langkah membuat tabung untuk anak kami..

dan ana merasakan cukuplah setakat ini buat masa ini..ana rasa lebih baik amount itu kurang daripada berlebih-berlebihan..risau takut menzalimi orang lain pula… insyaAllah di pihak ana sendiri ana akan cuba negotiate lagi dengan pihak hospital…kami akan cuba pressure hospital to the limit…cukuplah ana menyusahkan antum semua untuk menolong kami… mmg personally ana tak mampu nak balas jasa budi rakan-rakan jauh dan dekat yang amat bermurah hati mengorbankan sedikit duit mereka untuk Mu’az..semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran syurga dan maghfirahNya insyaAllah..

sekali lagi..jazakallahukhairan kathira kepada semua yang telah membantu… ana amat-amat terhutang budi pada semua orang…..dan harap-harap dapat doakan agar Mu’az dapat menjadi insan yang soleh dan musleh satu hari nanti..dan dapat berbakti kepada masyarakat sebagaimana masyarakat telah berbakti kepadanya…

sekian dahulu..terima kasih dan assalamualaikum wbt.. =)

Abu Mu’az & Ummu Mu’az

Sajak Untukmu Firdausi…

May 21, 2010

Untukmu Firdausi

Mu’az Firdausi

Engkau datang membawa seri…

Mengubat duka, penghibur hati…

Di saat ini engkau bersendiri…

Diselimuti malam,diusap mentari…

Berfikir… Apakah masih ada esok hari?

Untukmu Firdausi

Andai dunia ini menyepi…

Kami tidak akan sesekali berhenti…

Hati ini akan sentiasa mencari…

Jika masih ada lubang yang belum digali…

Akan kami jadikan ia sebuah perigi…

Walaupun jalannya penuh berduri…

Bersabarlah wahai Firdausi

Sesungguhnya Dia sentiasa di sisi…

Menemani sepanjang hari…

Berputus asa…jangan sesekali…

Abu Mu’az & Ummu Mu’az

21 May: Mu’az Firdausi,nama diberi…

May 21, 2010

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah hari ini isteri ana dah discharge dari hospital.. cuma selepas ni nak kena pegi hospital setiap hari lah utk kasik susu..

alhamdullillah hari ni dapat jugak Abu Mu’az tgk wajah anak sulung dia… alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. Maafkan papa sebab xdapat nk bersama ketika Mu’az pertama kali keluar menjejakkan kaki di bumi Tuhan ini… =(

selamat datang my little one.. =)

Mesej dari Dr Syed Jefrizal Syed Jamal

May 21, 2010

Mesej dari Dr Syed Jefrizal Syed Jamal, Specialist Registrar Neonatalogist, QMC, Nottingham(07888706148):

**

A’kum semua, minta maaf pakai channel nie.

Untuk makluman semua, ada seorang sister kita (4th year medical student) sudah selamat melahirkan seorang anak di Prague. Namun begitu, anak beliau dilahirkan premature 27 minggu.

Di Czech Republic, Malaysians kena bayar kos perubatan. Dianggarkan, kos sehari untuk anak beliau adalah sekitar GBP 900.

Kalau kat UK, babies hanya boleh discharge ke rumah sekitar 34 minggu.

Semoga kita semua dapat contribute sedikit bantuan kewangan kepada saudara kita ini.

**