Hey!! Apa tengok-tengok??!!

coretan ini adalah khas buat segelintir para ‘mujahidah’ dakwah.. entah mengapa aku merasa sedikit lucu bilamana tarbiyyah menjadikan antunna semua seolah-olah kami sedang berhadapan dengan warden penjara…..

benar! islam mengajar wanita supaya jangan tergedik-gedik di hadapan lelaki AKAN TETAPI islam juga mengajar kita supaya berakhlak.. di manakah akhlak kamu bila berurusan dengan ikhwah?kenapa harus menenking-nenking? apa?ingat lelaki ini tiada hati dan perasaan ke?

kami bukan meminta aurat kamu tetapi kami hanya mengimpikan akhlak yang solehah.. tiadalah guna ilmu dan tarbiyyah jika ia menjadikan kamu semakin kurang ajar..

berakhlaklah dengan baik dan jagalah batasan agama.. jangan terlalu cuai dan jangan juga terlalu melampau dalam beragama.. gunakanlah kata-kata yang sopan dengan bahasa yang penuh beradab..

sama-samalah muhasabah diri….

16 Responses to “Hey!! Apa tengok-tengok??!!”

  1. anonimus Says:

    Perkara yang disebutkan di atasi bukan sedikit jer berlaku, tetapi menjadi penyakit yang berleluasa dan kadang-kala kronik juga. Penyakit ini sedikit sebanyak mencacat-celakan akhlak antunna sebagai individu muslimah sejati.

    Di sini ana tak mahu jadi bias kepada muslimin. Tapi mungkin cuba mengajak kita, muslimin/mat bersama-sama berfikir sejenak mainan hati kita yang kadang-kala jika tidak dimuhasabah boleh menyebabkan kite terjunam ke lembah yang buruk.

    “2, 3 Tahun Lepas Aku Tidak Menjaga Ikhtilat, Tapi Kini Aku di Jalan Dakwah, Maka Aku Kena Jaga-Jaga Sikit Dengan Brothers Ni!”

    Mungkin statement di atas boleh dijadikan muqaddimah kepada usaha kita dalam berfikir akan permasalahan ini. Perkara ini boleh jadi merupakan KONFLIK DALAMAN sisters ataupun perkara ini berlaku akibat PERCUBAAN BELIAU DALAM MENZAHIRKAN BERTAPA BELIAU MENJAGA IKHTILAT DIHADAPAN MAD’U2, SAHABAT2 DAN JUGA NAQIBAH BELIAU.

    Semasa zaman tak kenal dakwah lagi, ikhtilat tidak dijaga. Berborak, gelak ketawa dan mungkin bertepuk tampar dikalangan berlainan gender. Tidak segan silu untuk memandang lama-lama tepat ke mata lelaki yang sedang berbual dengannya. Bergesel lengan pon tidak menjadi masalah dan sebagainya.

    Tapi selepas mengenali islam sebagai cara hidup, selepas kenal jalan dakwah, 180 darjah perubahan berlaku. Alhamdulillah. Yang menjadi masalah ialah apabila mereka tidak peroleh garis panduan yg tepat dalam soal ikhtilat. Mungkin salah naqibah yang tidak memantau kefahaman adik-adik usrah dalam menjelaskan garis panduan apabila berhubung dengan lekali, lagi-lagi brothers. Dahulu mereka tidak kisahkan pergaulan bebas, sekarang sudah jaga, tapi tak tahu garis panduan. Mungkin kerana ingin mengambil jalan selamat, lebih baik kita buat-buat ganas dengan brothers, we take the extreme of it! Bila cakap kita keraskan nada kita. Bila minta tolong dari brothers, kita kena cakap dalam bentuk arahan supaya tidak kelihatan mengada-ngada meminta pertolongon. Bila dapat pertolongan, tak perlu cakap terima kasih, atau pon cakap terima kasih sekadar seperti melepaskan batuk di tangga, kononnya kalau tunjuk rasa penghargaan atas pertolongan brothers, takut dilabel gedik atau tidak selari dengan sifat individu muslimah.

    Ya, jangan melampau dalam agama. Adakah kalian lupa tentang hubungan kita sesama manusia? Jangan menyakitkan hati, jangan marah-marah, jangan kecilkan hati manusia lain, berterima kasih dengan ikhlas atas pertolongan.

    “Brothers Mengada-Ngada Nak Muncul di Hadapan Sisters Time Program.”

    Astaghfirullah. Tidakkah mereka melihat bahawa lelaki-lelaki yang mengikuti program tarbiyyah dan dakwah ini merupakan lelaki-lelaki yang insyaAllah tepat akidahnya, sahih ibadahnya, cantik akhlaknya. Walaupun masih byk yang perlu dibaiki, tarbiyyah masih tidak mencukupi tetapi inilah lelaki-lelaki yang tunduk apabila melihat wanita, inilah lelaki-lelaki yang sama-sama bermujahadah seperti kalian, inilah lelaki-lelaki yang TIDAK SAMA SEPERTI lelaki-lelaki lain yang hanyut dengan dunia secara sedar atau tidak di luar sana.

    Analoginya sama seperti; Warden memarahi pelajar-pelajar asrama yang bangun qiam di dorm pada pukul 4am kerana disamakan dengan pelajar-pelajar lain yang bermasalah yang masih berjaga bermain ping-pong di dorm sebelah.

    Ingin tahu? Brothers memandang mulia sister2 sekalian, kerna pada hakikatnya adalah lagi susah untuk sisters membuat kerja yang sama tandingnya dengan brothers, malah mungkin lebih hebat lagi. Walaupun ada juga di kalangan sisters yang masih bermasalah secara zahirnya, tetapi kami bersangka baik bahawa mereka sedang berusaha keras dalam perbaik diri mereka, demi mendapatkan keredhaan-Nya. Kalianlah wanita-wanita idaman lelaki soleh. Kalianlah hiasan teragung dunia.

    Permasalahan yg ana tulis di atas bukanlah untuk kesemua sisters. Pengalaman ana berkerjasama dengan sisters pun bukanlah banyak, tetapi ada beberapa yang sebegitu rupa.

    Brothers pun apa kurangnya, ada juga yang berpenyakit sedemikian. Tetapi mungkin tak sekronik sisters.

    Sama-sama kita fikirkan

    Minta maaf kepada si pemilik blog kerna ana menulis comment yg lebih panjang dari entry ini sendiri. Afwan

    Wallahua’lam

  2. kyokusanagi Says:

    mantap ar abg P,hehe.. blh tulis entry baru nampaknya :P.. benarlah seperti apa yang diutarakan.. bukanlah entry ini bertujuan untuk menghentam sister2,tp lebih kepada utk sama2 menegur..

    ramai org komen kat ana pasal isu ini.. even sampai ustaz M pun hampa dengan sesetengah sikap segelintir dari kamu.. bagi mereka,pengalaman berurusan dengan sister adalah pengalaman yang mengerikan..sampai ada seorang brothers cakap,”aku lepas habis program brother aku nak off handphone..” krn selepas prog brother sister lak ada program..

    ustaz M pun pernah berkata(sumber sekunder),” ana kau berurusan dengan sister di Y(nama tempat), ana rasa macam nak kahwin je dgn sister itu”..jgn la sister anggap perasaan itu sebagai menakutkan,brothers tu gedik la dsb.. sepatutnya kita happy bila ada org yang nak kawin ngn kita.. di kala ramai wanita yang menjadi andartu kerana bil lelaki kurang….

    lihat balik camna para wanita di zaman nabi dan macam mana cara mereka berurusan dgn kaum muslimin dan bandingkan dengan cara kita?

    adakah kita lebih lajak dari laju??…..

  3. hartono86 Says:

    masyaALLAH akh..hebat komen enta..patut jadi murabbi usrah core.

    ana jarang mendengar salam dan terima kasih dari sisters kalau ada urusan dengan depa..

    kalau brothers ada di jalan yg sama selalu dicari jalan lain..entah mcm mana depa jalan kt Uni..pakai blanket harry potter kot yg boleh buat jadi ghaib..

    sisters oh sisters..tapi ade je yg ok..iA..

  4. fairuz Says:

    hurm,

    sama-sama kite perbaiki diri. tak sangka kyeo ade bakat menulis!

    Selamat tahun barun masihi wa hijrah.

  5. siapetah Says:

    Ingatkan penangan sis jer yg pedas2, rupenye bro2 yang terpendam ni jugak tak kurang pedasnya. hahaha, lepas geram nampak.

    Ape2 pon, tegur secara berhikmah. Insyaallah masing2 ambil pengajaran dan perbaiki diri masing2. Ni perkara kecil je dan x perlu dibesar2kan. Kalau lah bro2 bersikap memberi (bak kata Utz Hasrizal), tak timbul persoalan2 “kenapa sis gini, kenapa gitu”. Sebaliknya sentiasa memikirkan apa pemberian kita kepada orang lain. Insyaallah kalau sis tengok bro2 soleh-moleh gini, x jadi nk ‘berkasar’, hehe.

    Ape2 pon kedua2 belah pihak kene perbaiki diri, insyaallah.

    Wallahualam. Wasalam.

  6. kyokusanagi Says:

    encik A,Abg F yang soleh moleh pun kena..huhu.. aku x rasa benda ni isu yang kecil..maybe kecil bagi sesetengah orang yang tak/jarang terlibat dalam teknikal dan urusan muamalah ngn sister…tp bagi org yang dah lama macam abg P, benda ni agak kronik..

    apa2 pon, kedua2 belah pihak kena perbaiki diri, insyaAllah.

  7. sesape_je Says:

    first tym tgk heading entry ni hati cm berdegup degap..huhu..gaye saspen je..tp mmg pon..sbb bile bace rupe2nye ade kaitan..x sanke smpi cmtu skali luahan brothers..ade ek sisters yg cmtu? rase cm x jumpe lg..sbb sumenye so far kelihatan solehah lagi beradab sopan..huhu..ape pon maybe tiadalah niat di hati ingin berkasar cume maybe bersikap lebey kurang cam askar….bukan kerana ingin berkurang ajar ttp maybe kpd cubaan menjaga hati sendiri dan muamalah…

    tp sy sokong yg kte xleh syadid sgt..oleh itu jzkk atas teguran..same2 lah kte muhasabah diri insyaAllah..

  8. kyokusanagi Says:

    hehe..sesama sister insyaAllah ok je..isu ni antara muslimin n muslimat.. pernah sekali ust hasrizal tulis dlm blog dia:

    “Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah”

    benar! kamu mengatakan bahawa kamu ingin menjaga hati-hati kamu dari fitnah.. akan tetapi sedar atau tidak, dalam kamu menjaga hati kamu,kamu menghiris hati manusia-manusia lain atas alasan dakwah.. bayangkan sesaat jika brother juga bersikap sedemikian atas alasan sedemikian..rasa2nya kami lebih ‘askari’ kalau nk dibandingkan dengan gol hawa ni,hehe..(dlm hal ni cuba bayang tono dengan baju askar PKBM nya..)

    papepun,sama2 doakan umat palestin yang sedang diserang oleh Israel pada waktu ini.. marilah sama-sama berqunut nazilah mendoakan mereka..

  9. hartono86 Says:

    selamber guno name aku..

    ya..ibu-ibu bisa belek AQ dan contohilah sifat2 muslimat sejati seperti yang digambarkan di dalamnya.

    contohnya surah al-maidah : 54

    boleh baca juga sikap anak perempuan Nabi Syuaib bila terjumpa Nabi Musa..x bisa saya gambarkan kalau mereka juga berkasar terhadap Nabi Musa..

    p/s : salurkanlah sifat askari antunna kpd isu Palestin..lebih awla..

  10. ahmad shafie Says:

    hoho..aku ingat aku sorang je yang rase mende mende nih…tu laa pasal aku senyap je. ingat kan aku sorang jerase, manela tau yang aku tersalah didik..ye laa, kang kalo cakap, aku plak kena sound. maklumlaa, aku ni takdela faqih manepun.

  11. Joseph Mikael Says:

    wahh..khairul..cair ana dengan tulisan enta ni… =)

  12. mukmin Says:

    wah..wah.. mantaplah entry ni..
    ana pn mcm ada luahan sebegini..hehe

  13. kyokusanagi Says:

    huhu.. kat mesir pun macam tu ke syeikh?

  14. neem Says:

    sesuaikan diri dengan keadaan..

    jgn tunggu keadaan sesuaikan diri dgn kita..

    perempuan2..

    jgn terlalu nak tunjukkan yg anda syadid jika x ikhlas..

    SESUIAKAN DIRI DENGAN KEADAAN…!

    (ada yg tersirat…nnt tnya neem ah sendiri. hauha)

  15. amin Says:

    salam, yup “ikhtilat yang sebenarnya tapi sengaja diadakan” terkadang melampau dalam beragama. masukan “mungkin” betul tapi kefaman hancus. mmg aku sedih, baik recheck balik “tarbiyyah” tu.

  16. traveller Says:

    [ar-rum:20-21]

    Sabar ya akhi.

Leave a reply to anonimus Cancel reply